Khamis, 24 Februari 2011
CUTI TAHUN BARU CINA 2011
Cuti bermula dari 3 Februari - 6 Februari 2011."SELAMAT TAHUN BARU CINA" kepada rakan-rakan guru dan murid berbangsa Cina di seluruh negara.
ORIENTASI MURID TAHUN 1/2011
3 Januari - 15 Januari 2011 adalah minggu Orientasi Murid-murid Tahun 1/2011.Murid-murid akan didedahkan dengan banyak perkara berkaitan dengan perjalanan persekolahan.Kepada guru-guru kelas Tahun 1, jasamu terlalu besar kepada murid-murid.Melentur buluh dari rebungnya.
HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2011
3 jANUARI- Hari pertama persekolahan sesi 2011 telah bermula.Pada tahun ini enrolmen murid SK Seri Duyong telah bertambah lagi hampir kepada 1200 orang.Kepada semua guru diucapkan selamat bertugas dengan penuh berdedikasi dan bersemangat.Selamat datang kepada murid-murid tahun 1.
Sabtu, 20 November 2010
HARI 'Q' 2010
12 Nov- Hari Kualiti telah diadakan di kantin sekolah.Semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6 yang telah cemerlang dalam peperiksaan dianugerahkan hadiah.
PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2010
11 Nov-Guru Besar telah mengumumkan keputusan UPSR bagi tahun 2010 di kantin sekolah pada jam 12 tengah hari.Pada hari tersebut hujan tidak berhenti-henti.Para ibu bapa telah menanti dengan penuh kesabaran.Keputusan peratus UPSR telah meningkat daripada tahun 2009.Seramai 17 orang telah mendapat 5 A.Keputusan penuh akan dimasukkan.
Sabtu, 30 Oktober 2010
LAWATAN MURID TAHUN 6 KE KELANTAN DAN TERENGGANU
29 Okt - Seramai 38 orang murid SKSD mengikuti rombongan ke negeri Kelantan dan Terengganu.Dari Melaka,mereka telah bertolak menaiki bas pada jam 10 malam.Keadaan cuaca sepanjang perjalanan amat baik.Mereka dijadualkan akan ke Rantau Panjang pada hari Sabtu.
Rabu, 27 Oktober 2010
PKSR 2 / 2010
26 Okt - PKSR 2 telah bermula.Semua murid dari tahun 1 - 6 akan menduduki peperiksaan tersebut.Semoga berjaya.
LADAP DAN MESYUARAT GURU
LADAP telah diadakan di makmal komputer SKSD.Semua guru telah terlibat dalam kursus ini.
MGB DAERAH GOMBAK KE SKSD
Majlis Guru Besar Daerah Gombak telah datang melawat SKSD.Kehadiran mereka adalah bertujuan mendapatkan informasi tentang kejayaan kejayaan SKSD serta melawat landskap sekolah.
Kantin SKSD GRED A
Kantin sekolah telah diberikan gred tahap kebersihan A.Ini kerana pengusaha kantin mengamalkan budaya gotong royong antara pekerja dgn pihak sekolah.Tahniah!
Johan Keceriaan landskap Melaka Maju 2010
SK seri duyong telah diumumkan sebagai pemenang tempat pertama dalam pertandingan landskap MELAKA MAJU 2010.Tahniah!
Selasa, 19 Oktober 2010
Melaka Mungkin Cuti Hari Khamis
Rakyat negeri ini mungkin mendapat cuti khas Khamis ini, sempena kejayaan Melaka mendapat status negeri maju menerusi wawasan Melaka Maju 2010 yang bakal diisytiharkan Datuk Seri Najib Razak di Stadium Hang Jebat, pada malam esok.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika membayangkannya berkata, cadangan berkenaan dibangkitkan baru-baru ini, bagi menghargai sokongan padu rakyat kepada kerajaan dalam menjayakan wawasan itu sepanjang 10 tahun lalu.
“Cadangan ini akan dibincangkan dalam mesyuarat EXCO dan keputusannya hanya diumumkan pada malam pengisytiharan Melaka Maju 2010 nanti,” katanya selepas meninjau persiapan sambutan pengisytiharan itu di Stadium Hang Jebat, petang semalam.
Hadir sama, Setiausaha Melaka Maju 2010, Datuk Zainal Hussin; Ahli Dewan Negara, Datuk Akbar Ali dan Datuk Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah, Datuk Yusof Jantan.
Pengisytiharan Melaka sebagai negeri maju akan dilakukan Perdana Menteri menerusi persidangan video dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan Mohd Ali sambil disaksikan kira-kira 50,000 orang di Stadium Hang Jebat pada jam 8.10 malam esok.
Acara bersejarah ini akan disiarkan secara langsung menerusi TV3 bermula jam 8.07 malam.
Pengiktirafan negeri maju ini diberi Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), sebuah organisasi berpangkalan di Paris dan dianggotai 33 negara termasuk Amerika Syarikat.
Sementara itu, Mohd Ali berkata, kajian Persepsi Melaka Maju 2010 yang dijalankan bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Melaka baru-baru ini mendapati 81.5 peratus responden, berpandangan Melaka adalah negeri maju.
Katanya, berdasarkan analisa diperoleh menerusi kajian diketuai Pengarah UiTM Melaka, Prof Madya Datuk Dr Mizan Hitam, sebanyak 83 peratus penduduk lelaki dan 80.4 peratus wanita di negeri ini berpendapat Melaka mencapai negeri maju pada bulan ini.
Sementara itu, Mohd Ali berkata, persiapan menjelang pelancaran sambutan itu sudah berada pada peringkat akhir dan raptai penuh membabitkan persembahan lebih 3,000 penari Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Melaka turut diadakan malam tadi.
Guru Tampil Hebat Pelajar Tambah Minat
GURU perlu menjaga penampilan supaya kelihatan lebih menarik. Mereka tidak perlu berhias berlebih-lebihan, sekadar sedap mata memandang, kemas dan bersih.Bagi membantu guru tampil dengan imej sesuai dengan kerjaya, New Straits Times Press (NSTP) menganjurkan bengkel bertemakan `Guru Tampil Hebat Pelajar Tambah Minat’ berlangsung hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur, baru-baru ini.Program sehari yang disertai 200 guru sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan itu memberi peluang mereka meningkatkan pengetahuan mengenai cara berpakaian dan menjaga penampilan supaya kelihatan anggun dan menarik perhatian pelajar.
Penampilan guru adalah antara elemen penting dalam meningkatkan minat pelajar supaya lebih bersemangat dan berikan tumpuan dalam bilik darjah.Seorang peserta, Nurul Ashiqin A Razak, berkata dia bangga kerana berpeluang menyertai program berkenaan. Banyak pengetahuan mengenai penampilan diri diperoleh.Guru Sekolah Kebangsaan Jalan Enam, Bandar Baru Bangi itu berkata, sebagai pendidik penampilan penting. Pelajar akan menjadikan apa yang dipakai dan digayakan guru sebagai ikutan.“Pelajar sering meneliti apa yang dipakai atau digayakan guru ketika mengajar. Semua unsur ini menarik minat mereka untuk meneruskan proses pembelajaran,” katanya ketika ditemui pada majlis yang dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Hadir sama, Pengarah Pengedaran NSTP, Eddie H’ng, Pengurus Jenama Nestle Products Sdn Bhd, Foo Meng Keet dan Pengarah Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran Kumpulan Jakel, Azlan Abu Bakar.Seorang lagi peserta, Mohd Arif Abdullah, berkata dia seronok menyertai program sedemikian kerana aktiviti luar rutin hariannya dapat mengembangkan minda selain bertemu rakan guru lain daripada berlainan sekolah.Pertemuan sebegini kata beliau yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Saujana Utama, Sungai Buloh, membolehkan mereka bertukar pengetahuan dan pengalaman untuk dikongsi dan dimanfaatkan bersama.
“Banyak perkara baru dipelajari terutama dalam meningkatkan penampilan serta gaya persembahan. Walaupun ramai mengetahui kepentingan elemen ini namun ramai guru tidak mengamalkannya.“Program sebegini perlu diteruskan supaya lebih ramai guru mendapat manfaat daripadanya,” katanya.Bagi Chan Soh Wah, berkata aktiviti sebegini mendedahkan guru kepada dunia pengajaran secara kreatif dan inovatif. Katanya, ceramah motivasi dan penampilan serta pengambilan makanan seimbang daripada pakar sangat berguna dan dijadikan panduan ketika mengajar.“Pengambilan makan seimbang penting supaya guru sentiasa cergas dan sihat,” katanya yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Antara aktiviti yang dimuatkan pada program berkenaan ialah Bengkel Gaya Hidup Sihat oleh Perunding Makanan, Indra Balaratnam, demo masakan oleh Chef Ismail dan Chef Florence, Bengkel Keterampilan Diri daripada duta Ariani Skaf & Selendang iaitu peragawati Ekin.Bengkel keterampilan diri pula dijayakan perunding kecantikan daripada Sendayu Tinggi.
Khamis, 2 September 2010
MAJLIS PERPISAHAN GPK KOKURIKULUM
30 Ogos - Pn Zainab bt Auda (GPK Kokukurilum) telah bertukar ke Sacred School Melaka kerana kanaikan pangkat sebagai GPK HEM di sana.Beliau telah mula bertugas di SK Seri Duyong pada 2008.Segala jasa daripada beliau kami warga SK Seri Duyong mengucapkan ribuan terima kasih.Sekiranya ada silap dan salah kami mohon maaf.Semoga puan lebih cemerlang di tempat
yang baru.Jasamu dikenang.AMBANG MERDEKA 2010
30 Ogos - SK Seri Duyong telah mengadakan sambutan Ambang Merdeka.Sambutan tersebut telah disertai oleh semua warga SK Seri Duyong di Dataran Ilmu.Sempena dengan sambutan kemerdekaan ini,SK Seri Duyong juga telah mengambil bahgian dalam pertandingan kibar Jalur Gemilang.
Selasa, 17 Ogos 2010
SELAMAT DATANG
17 Ogos- SK Seri Duyong mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada dua orang guru JQAF iaitu Ustaz Khairul Abd Aziz dan Ustazah Mardhiana Abdul Jalil.Tahniah diucapkan dan semoga kehadiran tuan dan puan dapat mengorak kecemerlangan SK Seri Duyong.
Khamis, 12 Ogos 2010
SK SERI DUYONG JUARA!!!!
SK SERI DUYONG telah diumumkan sebagai johan pertandingan PPDa Peringkat Negeri Melaka 2010.Tahniah kepada semua warga SKSD,PIBG,YB Gan Tian Loo,guru-guru pelatih, pekerja-pekerja swasta dan semua pihak yang memberi sumbangan tenaga, idea dan kewangan.Tahniah diucapkan!
Selasa, 3 Ogos 2010
PEPERIKSAAN UPSR
3-5 Julai - Peperiksaan Percubaan UPSR berlangsung.Semua calon UPSR menduduki peperiksaan tersebut dengan tenang dan bersemangat.Moga-moga mereka mendapat keputusan peperiksaan yang memberangsangkan.Semoga mereka berjaya.Selamat Maju Jaya!
PENGHAKIMAN 3K
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2010
9-11 Julai - Perkhemahan Unit Beruniform SK Seri Duyong telah diakan di padang sekolah.Seramai 120 orang murid dari 4 unit beruniform iaitutelah mengambil bahagian. Terima kasih kepada semua guru SK Seri Duyong kerana menjayakan aktiviti ini.Tidak lupa juga terima kasih kepada cikgu pelatih IPPM,Cikgu Nad,Cikgu Imah,Cikgu Nini dan Cikgu Elin.
Langgan:
Catatan (Atom)












