Sabtu, 9 April 2011

BOLA BALING KAWASAN AYER KEROH 2011

Pasukan Bola Baling sekolah telah berjuang sehabis baik dalam perlawanan tersebut.Kejohanan tersebut telah diakdakan diadakan di SMK Padang Temu.Pasukan sekolah hanya berjaya mendapat tempat keempat sahaja.Walaubagaimanapun, tahniah buat jurulatih-jurulatih iaitu Pn Robiah  Said,En Hazhar Hashim dan En Abdul Karim Mohtar.Cuba lagi pada tahun 2012.

SEPAK TAKRAW KAWASAN AYER KEROH 2011

SK Seri Duyong telah menghantar 2 regu ke Kejohan Sepak Takraw Peringkat Kawasan Ayer Keroh yang telah diakan di Kompleks Belia dan Sukan Ayer Keroh.Jurulatih sepak takraw iaitu En.Khairul Abd.Aziz dan En.Mahadir bin Kasim telah memainkan peranan penting dalam melatih pasukan sekolah.Walaupun tewas pada pusingan awal,tapi semngat juang pasukan amat memberangsangkan.Tahniah!

MOHD SYAHMI HARUMKAN SK SERI DUYONG DALAM MSSM ZON AYER KEROH 2011

5 April - Mohd Syahmi dari SK Seri Duyong telah berjaya merangkul pingat perak dalam acara 100 meter L12 dengan catatan masa 13.9 saat.Perbezaan 0.01 saat sahaja di belakang pelari SK Dato Demang Husin yang memisahkan kedudukan Mohd Syahmi.Tahniah kepada Mohd Syahmi!

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH,PENGAWAS PUSAT SUMBER,PENGAWAS KOKURIKULUM,dan PENGAWAS PPDa 2011

1 April - Kursus Kepimpinan Pengawas-pengawas Sekolah Kebangsaan Seri Duyong telah diadakan di Kem Bina Insan, Sg.Rambai, Melaka yang bermula dari 1 hingga 2 April 2011.Seramai 89 orang pengawas telah mengikuti kursus tersebut.