Ahad, 3 Mei 2009

PROGRAM-PROGRAM PPDa Melaka


BIL

PROGRAM

TARIKH

1

Mesyuarat Bersama AADK dan Kesihatan

3 Februari

2

Mesyuarat Pemantapan Program Cuma Lima Minit Anti Dadah

4 Februari

3

Mesyuarat Guru SLAD

5 Februari

4

Mesyuarat Karnival PPDa dan Bilik / Sudut PPDa

6 Februari

5

Kem Waja Diri Pelajar Lelaki (Tingkatan 2)

10 – 12 Mac

6

Kem Waja Diri Pelajar Perempuan (Tingkatan 2)

31 Mac – 2 April

7

Mesyuarat JAMBORI SLAD Kebangsaan

7 April

8

Kursus Guru-guru SLAD peringkat negeri Melaka

4 – 6 Mei

9

Jambori SLAD peringkat negeri Melaka

11 – 14 Mei

10

Pertandingan Drama Anti Dadah

18 Jun

11

Kursus Guru / SU PPDa Sekolah Rendah Negeri Melaka

15 – 18 Julai

12

Program Ikhyak Ramadhan Pelajar Berisiko (perempuan)

8 – 10 September

13

Seminar PPDa Tingkatan 6 Rendah

5 – 7 Oktober

Unit Pendidikan Pencegahan Dadah


Pada 15 Januari 2009, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah telah menjalankan satu perjumpaan dengan semua guru bimbingan Melaka Tengah di Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang Melaka. Seramai 70 orang guru Pendidikan Pencegahan Dadah Melaka Tengah hadir pada perjumpaan tersebut.
Tuan Haji Manan Umar Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Jabatan Pelajaran Melaka mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru PPDa yang telah berjaya menjalankan pelbagai aktiviti terutamanya program Kolaborasi yang diketuai oleh guru-guru bimbingan. Beliau berharap pada tahun ini semua sekolah menyertai program kolaborasi ini.
Beliau juga mengumumkan bahawa halaman web bimbingan telah siap dibina dan semua siaran dan aktiviti Unit Pendidikan Pencegahan Dadah akan dipaparkan di halaman web tersebut.
Dalam kesempatan ini juga beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada sekolah-sekolah yang mengambil bahagian dalam Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah. Beliau berharap lebih banyak sekolah yang akan mengambil bahagian dalam Karnival Pendidikan pada tahun ini terutamanya Boria, dan Sajak.
Tuan Haji Manan Umar juga mengucapkan tahniah kepada sekolah-sekolah Daerah Melaka Tengah yang mengambil bahagian dalam pertandingan sudut, lorong, dan bilik PPDa. Beliau memuji Sekolah Kebangsaan Seri Duyong atas usaha mengujudkan sudut PPDa dan mendapat tempat ke lima dalam pertandingan sudut PPDa peringkat Kebangsaan.
Beliau berasa bangga kerana sekolah-sekolah daerah Melaka Tengah berupaya mengujudkan sudut, lorong, atau bilik PPDa. Menurut beliau semua sekolah perlu mengujudkan sudut, lorong, atau bilik PPDa. Arahan ini selaras dengan surat siaran Bahagian Sekolah KP:(BS/SPPK)8548/078 Jld.11(100) atau surat siaran Jabatan Pelajaran Melaka yang dikeluarkan pada 30 Januari 2008.
Dalam ucapannya, Encik Sharom Ketua Unit HEM PPD Melaka Tengah mengucapkan terima kasih kepada semua guru PPDa dan guru bimbingan yang telah menjalankan pelbagai program PPDa. Beliau berharap guru-guru bimbingan dan PPDa akan terus membantu meningkatkan imej Unit Pendidikan Pencegahan Dadah. Semoga hasrat Kementerian agar sekolah bebas dadah dapat dicapai pada tahun 2012. Tuan Haji Manan Umar, Tuan Sharom, Encik Majid mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang keranan membenarkan Unit PPDa menggunakan dewan sekolah sebagai tempat menjalankan aktiviti.