Ahad, 12 Julai 2009

WARKAH NASUHA

Di kesunyian tafakur ini kuutus warkah rindu

Berpenakan keinsafan ditangan kananku

mencoret kembali tinta hitam didadaku

Saat kita berjauhan dikala itu

Kelam kalbuku tanpa nur kasih Mu

Lupa janji disuatu waktu

Sedang keampunan Mu melangit bagiku

Aku termanggu


Di keheningan fajar keimanan kuhitungkan

Amalku dijejari kerdil ku pertaruhkan

Sedang anugerah Mu buih dilautan

Aku cuba layarkan bahtera

Tapi sayangnya cinta Mu bukan Pelabuhan

Di kegelapan malam yang tiada cahaya

Ku nyalakan obor kasih kita

Ku limpahkan zikir bicara sukma

Penghubung antara dua dunia

Diambang Gerbang ini kutanya rohaniku

Siapa aku di pinggiran Arasy Mu

Tiada Daya untuk Neraka Api Mu

Tiada Layak Buat Firdaus Mu

Namun aku harap bayangan redha Mu

Akan terus memayungiku

ku Harap Kau terima warkahku

Sebelum Kau menjemputku "

UJIAN KECERGASAN SINAR GEMILANG (ISN) 2009

Tarikh: 7 Julai 2009
Hari : Selasa
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Tempat : Padang dan kantin SKSD
Sasaran: 300 orang murid-murid dari Tahun 1 - 5 sahaja

Institut Sukan Negara dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Melaka telah memilih Sekolah Kebangsaan Seri Duyong untuk menjalankan ujian kecerdasan tersebut. Ujian tersebut dilaksanakan oleh 15 orang guru pendidikan jasmani dari seluruh negeri Melaka dengan dibantu oleh guru-guru SKSD seperti En Abdul Karim,En Hazhar,En Azmi,En Norhaimie,En Masud, En Abdul Razak,Pn Dewi Malinda dan Pn Noranita.

PERTANDINGAN BERCERITA KELAS PEMULIHAN KHAS KELOMPOK 3/2009


Tarikh : 9 Julai 2009
Hari: Khamis
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Pemulihan khas , SK Seri Duyong.

SK Seri Duyong telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah pertandingan bercerita kelompok 3/2009.Pn Dewi Malinda sebagai guru pemulihan telah diberi tanggungjawab untuk membuat persiapan bersama AJK yang lain.Tahniah kepada semua guru pemulihan khas dan murid-murid yang bertanding!

SENAMROBIK BULAN KECERGASAN MALAYSIA

Tarikh : 8 Julai 2009
Hari : Rabu
Masa: 7.30pagi-7.45 pagi
Sasaran : semua murid,guru dan kakitangan sekolah

(Aktiviti senamrobik ini akan dijalankan sepanjang bulan Julai)