Selasa, 17 Ogos 2010

SELAMAT DATANG

17 Ogos- SK Seri Duyong mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada dua orang guru JQAF iaitu Ustaz Khairul Abd Aziz dan Ustazah Mardhiana Abdul Jalil.Tahniah diucapkan dan semoga kehadiran tuan dan puan dapat mengorak kecemerlangan SK Seri Duyong.

Khamis, 12 Ogos 2010

SK SERI DUYONG JUARA!!!!

SK SERI DUYONG telah diumumkan sebagai johan pertandingan PPDa Peringkat Negeri Melaka 2010.Tahniah kepada semua warga SKSD,PIBG,YB Gan Tian Loo,guru-guru pelatih, pekerja-pekerja swasta dan semua pihak yang memberi sumbangan tenaga, idea dan kewangan.Tahniah diucapkan!

Selasa, 3 Ogos 2010

PEPERIKSAAN UPSR

3-5 Julai - Peperiksaan Percubaan UPSR berlangsung.Semua calon UPSR menduduki peperiksaan tersebut dengan tenang dan bersemangat.Moga-moga mereka mendapat keputusan peperiksaan yang memberangsangkan.Semoga mereka berjaya.Selamat Maju Jaya!

PENGHAKIMAN 3K



3 Julai - 4 pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah dan Jabatan Pelajaran Melaka telah datang ke SK Seri Duyong untuk menilai. Respon dan pujian yang diberikan kepada SK Seri Duyong.

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2010



9-11 Julai - Perkhemahan Unit Beruniform SK Seri Duyong telah diakan di padang sekolah.Seramai 120 orang murid dari 4 unit beruniform iaitutelah mengambil bahagian. Terima kasih kepada semua guru SK Seri Duyong kerana menjayakan aktiviti ini.Tidak lupa juga terima kasih kepada cikgu pelatih IPPM,Cikgu Nad,Cikgu Imah,Cikgu Nini dan Cikgu Elin.