Isnin, 27 April 2009

SELAMAT HARI LAHIR

tArIkh : 27 ApRil 2009
HarI: iSniN
mASa: 8.00 pG
Tempat : dAtArAn Ilmu

Kelab Staff sekolah telah mengadakan majlis penyampaian hadiah hari lahir kepada beberapa orang guru. Guru-guru yang telah menyambut ulang tahun kelahiran bermula dari bulan Januari hingga April. Guru-guru tersebut ialah :

1. En. Anuar
2. En. Kamarulasnan-2 Februari
3. Tn Hj Rosli
4. Pn Norseha
5. En Azmi bin Joned - 26 April 1970

Kelab Staff juga telah menyampaikan hadiah kepada En Jaafar kerana pada bulan Mac yang lepas beliau telah mendapat anak yang kedua.Tahniah!!!

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN





TARIKH: 25 APRIL 2009
HARI: KHAMIS
MASA: 8.00PG-1.00PTG

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) kali kedua telah diadakan di makmal sekolah.Semua guru telah terlibat.Pada kali ini , dua slot kursus telah diberikan kepada guru-guru.Slot pertama ialah ceramah Nilai Kendiri oleh Ustaz Khairul Nizam dari JAIM dan slot yang kedua pula ceramah dari Jabatan Keselamatan Jalan Raya.



Ahad, 26 April 2009

KEJOHANAN BOLA BALING KAWASAN AYER KEROH 2009




TARIKH: 21-22 APRIL 2009
HARI: SELASA DAN RABU
MASA: 8.00 pg -5.00 ptg

Sekolah Kebangsaan Seri Duyong telah mengambil bahagian dalam kejohanan bola baling tersebut.Sekolah telah menghantar dua pasukan iaitu 1 pasukan lelaki dan 1 pasukan perempuan.Kedua pasukan ini telah dilatih oleh En.Hazhar bin Hashim untuk lelaki dan En Abdull Karim bersama Pn Robiah untuk perempuan.


Keputusan:


Pasukan Lelaki = Tempat keempat
Pasukan Perempuan=Tempat Ketiga


"Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan jurulatih.Semoga lebih berjaya pada episod akan datang".


ALBUM







Ahad, 19 April 2009

UJIAN TAHAP KECERGASAN KEBANGSAAN(SEGAK) 2009

Tarikh: 11 April 2009
Masa: 7.30 - 11.30 pagi
Murid terlibat: Tahun 4,5dan 6
Guru: Semua Guru PJK Tahun 4,5 dan 6


GOTONG-ROYONG 2009

TARIKH : 18 APRIL 2009
MASA: 8.00pg - 1.00 petang
"TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT BAGI MENJAYAKAN PROGRAM GOTONG-ROYONG INI.SEMOGA SEGALA JASA TUAN/PUAN AKAN DIBALAS KELAK OLEH ALLAH S.W.T"




















ALBUM GOTONG-ROYONG


Jumaat, 10 April 2009

KEJOHANAN BOLA TAMPAR KAWASAN AYER KEROH 2009




TARIKH: 7-8 APRIL 2009
TEMPAT:SK PAYA DALAM,MELAKA
MASA: 8.00 PAGI-5.00 PETANG

PENCAPAIAN:

PASUKAN LELAKI : SK SERI DUYONG mlwn SK DEMANG HUSSIN =2-0
SK SERI DUYONG mlwn SK DUYONG = 1-2
SK SERI DUYONG mlwn SK SERI BANDAR = 0-2

PENGURUS PASUKAN: PN DEWI MARLINDA
JURULATIH : SIR NORHAIMIE
EN KAMARULASNAN BIN ADAN

Sabtu, 4 April 2009

CERAMAH KESIHATAN (DENGGI)










Tarikh: 2 dan 3 April 2009
Hari: Khamis dan Jumaat
Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Kantin sekolah












Ceramah kesihatan
tentang bahayanya denggi telah diadakan selama dua hari.Ceramah ini telah dikendalikan oleh sebuah syarikat pembuatan ubat nyamuk iaitu FUMAKILA MALAYSIA.Murid-murid berpeluang melihat rupa bentuk nyamuk aedes yang sebenar daripada jentik-jentik hinggalah ke nyamuk dewasa.Semoga ceramah ini dapat memberi ilmu pengetahuan yang berkesan kepada murid-murid.

ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG 2009

Tarikh: 1 April 2009
Masa: 7.00 pagi-5.00 petang
Tempat: SK Seri Duyong

SK Seri Duyong telah didatangi 3 orang pegawai penilai dari Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.Penilaian telah dilakukan dan telah memberikan keputusan yang amat memberansangkan.SK Seri Duyong telah berjaya ke pusingan peringkat kebangsaan.Pegawai penilai dari Kuala Lumpur akan datang pada 21 Mei 2009- 28 Mei 2009.Syabas diucapkan kepada semua warga SK Seri Duyong.