Ahad, 31 Mei 2009

KEJOHANAN BOLA SEPAK MBMB 2009


Tarikh : 30 - 31 Mei 2009
Hari : Sabtu dan Ahad
Masa : 8.00 pg - 5.00 ptg
Tempat : Stadium Tun Fatimah

Sekolah Kebangsaan Seri Duyong telah menghantar pasukan bola sepak ke kejohanan tersebut. Pasukan SKSD telah menunujkkan prestasi yang begitu baik sehingga berjaya ke suku akhir. Pada peringkat suku akhir , pasukan SKSD telah tewas kepada pasukan dari Singapura 0-1. Walaubagaimanapun, pasukan SKSD tetap unggul dan menjadi pasukan pilihan muncul juara. Insyaalllah, cuba lagi pada kejohanan yang lain. Kepada Sir Hazhar, tahniah diucapkan kerana komitmen yang begitu tinggi melatih pasukan bola sepak SKSD. Kepada para ibu bapa pemain bola sepak, jutaan terima kasih diucapkan kerana memberi sokongan yang begitu padu. Tanpa dorongan dan galakan yang tinggi daripada ibu bapa, pasukan bola sepak SKSD belum tentu akan boleh jauh. tERIMA KASIH DAUN KELADI..kepadaq pemain-pemain tahun 6, diucapkan semoga sukses dalam UPSR nanti.

SELAMAT BERTUKAR


Pn.Norhafizah bt Alwi akan bertukar ke Negeri Sembilan bermula 1 Jun 2009.Beliau telah berkhidmat di SK Seri Duyong selama 3 1/2 tahun. Selama beliau di sini, beliau telah menunjukkan komitmen yang begitu cemerlang. Sekolah Kebangsaan Seri Duyong telah kehilangan seorang guru yang berwibawa. Beliau juga sangat aktif dalam bidang sukan sehinggakan diberi kepercayaan memegang jawatan Ketua Panitia Pendidikan Jasmani pada 2008. Guru besar dan semua guru sekolah mengucapkan selamat bertugas di tempat baru. Walaupun bertukar sekolah tetapi tugas dan tanggungjawab tetap sama. Kami mendoakan agar Pn Norhafizah akan lebih cemerlang lagi. Bagi Pengerusi Kelab Staff sekolah, En.Abdul Karim Mokhtar berkata perpindahan beliau ke sana sedikit sebanyak memberikan kesan kepada sekolah terutama bidang sukan. Walaubagaimanapun, kami semua mendokan yang terbaik untuk beliau. Selamat bertukar...lihatlah di mata beliau...