Selasa, 17 Mei 2011

HARI GURU SK SERI DUYONG 2011

16 Mei - Kelab Staff SK Seri Duyong telah menganjurkan sambutan Hari Guru Peringkat sekolah. Majlis sambutan tersebut telah diadakan di dataran SKSD bermula jam 8.00 pagi.Semua guru telah diraikan dengan paluan kompang dan persembahan seni silat oleh murid-murid sekolah.Guru-guru turut mengambil bahagian dalam permainan bola tampar dan bola jaring.Majlis berakhir dengan bacaan tahlil dan doa selamat oleh Ustaz Khairul bin Abdul Aziz di kantin.Selepas itu, guru-guru disajikan dengan jamuan makan tengah hari. Selamat hari guru kepada semua guru SK Seri Duyong.



MESYUARAT AGUNG PIBG KALI 12

14 Mei - Mesyuarat Agung Persatuan Ibu bapa dan Guru SK Seri Duyong telah diadakan di dewan terbuka sekolah. Mesyuarat Agung pada kali ini diadakan perlantikan ahli jawatankuasa yang baru setelah dibubarkan Jawatankuasa sesi 2009-2010. Selain itu, mesyuarat turut membahaskan beberapa usul yang telah diajukan kepada sekolah dan PIBG.Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Gan Tian Loo.