Khamis, 24 Februari 2011

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 2/2011

24 Feb - Semua nurid tahun 2 telah mengikuti Kem Bestari Solat di SK Seri Duyong.Kem ini bermula jam 12.30 tengah hari hingga 3.00 petang.

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS 2011

21 Feb - Lembaga Disiplin Sekolah, Pusat Sumber Sekolah dan Unit Kaunseling telah bergabung menganjurkan Majlis perlantikan pengawas.Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber,Pengawas Kokurikulum dan Pengawas PPDa telah diberikan Watikah Pelantikan yang telah disampaikan oleh Tuan Inspektor Azman bin Yashim dari Sekolah Henry Gurney,Telok Mas Melaka.Tahniah kepada semua pengawas yang dilantik.Selamat bertugas.

PAMERAN SEKOLAH SELAMAT DI MITC MELAKA 2011

18-20  Februari 2011- SK Seri Duyong telah dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membuat pameran 'Sekolah Selamat' peringkat Kebangsaan di MITC.Tahniah kepada SK Seri Duyong kerana menjadi satu-satunya sekolah rendah di Malaysia yang terpilih bagi kategori sekolah rendah.Kepada semua guru SK Seri Duyong,diucapkan tahniah dan syabas!.

SAMBUTAN HARI MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2011

18 Feb- Panitia Agama Islam SK Seri Duyong telah menganjurkan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.Sambutan tersebut dimulakan dengan perarakan sambil berselawat oleh murid-murid dan guru-guru yang bermula di padang sekolah menuju ke Dataran SKSD.Selepas perarakan,majlis diisikan dengan ucapan Guru Besar dan ceramah agama.Penceramah pada kali ini dijemput khas dari RKSK iaitu Ustaz....................

CUTI MAULIDUR RASUL 2011

Cuti sempena Hari Keputeraan Baginda Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiul Awal 1432 (15 Februari 2011).Kami dari warga SK Seri Duyong mengucapkan Salam Maulidur Rasul.

CUTI TAHUN BARU CINA 2011

Cuti bermula dari 3 Februari - 6 Februari 2011."SELAMAT TAHUN BARU CINA" kepada rakan-rakan guru dan murid berbangsa Cina di seluruh negara.

ORIENTASI MURID TAHUN 1/2011

3 Januari - 15 Januari 2011 adalah minggu Orientasi Murid-murid Tahun 1/2011.Murid-murid akan didedahkan dengan banyak perkara berkaitan dengan perjalanan persekolahan.Kepada guru-guru kelas Tahun 1, jasamu terlalu besar kepada murid-murid.Melentur buluh dari rebungnya.

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2011

3 jANUARI- Hari pertama persekolahan sesi 2011 telah bermula.Pada tahun ini enrolmen murid SK Seri Duyong telah bertambah lagi hampir kepada 1200 orang.Kepada semua guru diucapkan selamat bertugas dengan penuh berdedikasi dan bersemangat.Selamat datang kepada murid-murid tahun 1.