Isnin, 25 Mei 2009

SUDUT PPDa DINILAI

TARIKH: 25 MEI 2009
MASA : 10.30 PAGI -12.00 TENGAH HARI

Pada tepat jam 10.30 pagi, para pegawai dari Jabatan Pelajaran Melaka,Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah, dan Agensi Dadah Kebangsaan Melaka telah hadir ke Sekolah Kebangsaan Seri Duyong untuk membuat penilaian.Para pegawai penilai tersebut telah disambut dengan paluan kompang, pasukan sorak,pesilat, dan gimik taekwando.Penilaian bermula dengan melihat persembahan powerpoint dan bacaan fail-fail PPDa di Makmal ICT.Kemudian , penilai bergerak menuju ke permulaan sudut di bahagian tangga utama ke pejabat sekolah. Setiap sudut telah disajikan dengan persembahan dan penerangan dari murid-murid dalam pelbagai bahasa iaitu Bahasa Melayu,Bahasa Tamil,Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Arab. Pihak sekolah terutamanya Guru Besar mengucapkan jutaan terima kasih dan tahnuah kepada semua guru dalam menjayakan sudut PPda tersebut.Semoga Sekolah Kebangsaan Seri Duyong akan berjaya ke peringkat seterusnya iaitu peringkat kebangsaan.Tahniah !