Ahad, 23 Jun 2013

Penutupan Sekolah Akibat Jerubu

Perhatian kepada Semua Guru Besar dan Pengetua
Daerah Melaka Tengah.

Makluman: Sekolah ditutup esok Isnin 24 Jun 2013 ekoran dari Bacaan IPU 402 di Melaka dan 459 di Bukit Rambai. Sila letakkan notis bercuti di pintu pagar sekolah masing-masing.


Sebarang maklumat tentang penguman rasmi sila rujuk lawan web

http://www.doe.gov.my/apims/

Terima kasih
Info Terkini : Pengarah arahkan semua sekolah di negeri Melaka di tutup mulai esok 24 Jun 2013 kerana IPU Melaka 402 manakala IPU Bukit Rambai 459. Pihak sekolah diminta memaklumkan kepada semua guru dan ibu bapa murid. Pengumuman melalui RTM Melaka akan dibuat oleh Ketua Menteri jam 4.00 ptg. Mohon tindakan pihak tuan memaklumkan ke semua sekolah daerah masing-masing.

MAKLUMAN PENTING KEPADA IBU BAPA PRA SEKOLAH

http://www.moe.gov.my/jpnmelaka/index.php/ms/berita-terkini/2491-makluman-penting-prasekolah-negeri-melaka-ditutup-pada-24-jun-2013-isnin
Kepada
Sekolah-Sekolah Pra Sekolah 
Negeri Melaka
Makluman kepada semua Guru dan Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah Negeri Melaka, diminta untuk memaklumkan kepada ibu bapa murid prasekolah bahawa esok 24 Jun 2013 (Isnin) murid-murid prasekolah akan diberi cuti 1 hari dan akan dimaklumkan hari seterusnya dari masa ke semasa melalui portal jabatan pelajaran melaka esok. Bagi Guru dan PPM Prasekolah tidak diberi cuti pada hari tersebut.
Sekian, terima kasih.
Unit Prasekolah
Jabatan Pelajaran Melaka