Ahad, 31 Mei 2009

KEJOHANAN BOLA SEPAK MBMB 2009


Tarikh : 30 - 31 Mei 2009
Hari : Sabtu dan Ahad
Masa : 8.00 pg - 5.00 ptg
Tempat : Stadium Tun Fatimah

Sekolah Kebangsaan Seri Duyong telah menghantar pasukan bola sepak ke kejohanan tersebut. Pasukan SKSD telah menunujkkan prestasi yang begitu baik sehingga berjaya ke suku akhir. Pada peringkat suku akhir , pasukan SKSD telah tewas kepada pasukan dari Singapura 0-1. Walaubagaimanapun, pasukan SKSD tetap unggul dan menjadi pasukan pilihan muncul juara. Insyaalllah, cuba lagi pada kejohanan yang lain. Kepada Sir Hazhar, tahniah diucapkan kerana komitmen yang begitu tinggi melatih pasukan bola sepak SKSD. Kepada para ibu bapa pemain bola sepak, jutaan terima kasih diucapkan kerana memberi sokongan yang begitu padu. Tanpa dorongan dan galakan yang tinggi daripada ibu bapa, pasukan bola sepak SKSD belum tentu akan boleh jauh. tERIMA KASIH DAUN KELADI..kepadaq pemain-pemain tahun 6, diucapkan semoga sukses dalam UPSR nanti.

SELAMAT BERTUKAR


Pn.Norhafizah bt Alwi akan bertukar ke Negeri Sembilan bermula 1 Jun 2009.Beliau telah berkhidmat di SK Seri Duyong selama 3 1/2 tahun. Selama beliau di sini, beliau telah menunjukkan komitmen yang begitu cemerlang. Sekolah Kebangsaan Seri Duyong telah kehilangan seorang guru yang berwibawa. Beliau juga sangat aktif dalam bidang sukan sehinggakan diberi kepercayaan memegang jawatan Ketua Panitia Pendidikan Jasmani pada 2008. Guru besar dan semua guru sekolah mengucapkan selamat bertugas di tempat baru. Walaupun bertukar sekolah tetapi tugas dan tanggungjawab tetap sama. Kami mendoakan agar Pn Norhafizah akan lebih cemerlang lagi. Bagi Pengerusi Kelab Staff sekolah, En.Abdul Karim Mokhtar berkata perpindahan beliau ke sana sedikit sebanyak memberikan kesan kepada sekolah terutama bidang sukan. Walaubagaimanapun, kami semua mendokan yang terbaik untuk beliau. Selamat bertukar...lihatlah di mata beliau...

Isnin, 25 Mei 2009

SUDUT PPDa DINILAI

TARIKH: 25 MEI 2009
MASA : 10.30 PAGI -12.00 TENGAH HARI

Pada tepat jam 10.30 pagi, para pegawai dari Jabatan Pelajaran Melaka,Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah, dan Agensi Dadah Kebangsaan Melaka telah hadir ke Sekolah Kebangsaan Seri Duyong untuk membuat penilaian.Para pegawai penilai tersebut telah disambut dengan paluan kompang, pasukan sorak,pesilat, dan gimik taekwando.Penilaian bermula dengan melihat persembahan powerpoint dan bacaan fail-fail PPDa di Makmal ICT.Kemudian , penilai bergerak menuju ke permulaan sudut di bahagian tangga utama ke pejabat sekolah. Setiap sudut telah disajikan dengan persembahan dan penerangan dari murid-murid dalam pelbagai bahasa iaitu Bahasa Melayu,Bahasa Tamil,Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Arab. Pihak sekolah terutamanya Guru Besar mengucapkan jutaan terima kasih dan tahnuah kepada semua guru dalam menjayakan sudut PPda tersebut.Semoga Sekolah Kebangsaan Seri Duyong akan berjaya ke peringkat seterusnya iaitu peringkat kebangsaan.Tahniah !













Sabtu, 23 Mei 2009

ENGLISH CAMP

TARIKH : 23 MEI 2009
MASA : 8.00 PAGI - 1.00 PETANG
TEMPAT : MAKMAL ICT SK SERI DUYONG
ANJURAN :PANITIA BAHASA INGGERIS




MOTIVASI MURID TAHUN 6

TARIKH: 23 MEI 2009
MASA : 8.00PAGI - 1.00 PETANG
TEMPAT:SK SERI DUYONG
ANJURAN : UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING







ALBUM MOTIVASI


JADUAL PENILAIAN LORONG DAN SUDUT PPDa PERINGKAT NEGERI MELAKA

TARIKH: 25 MEI 2009
MASA:10.00 PAGI
TEMPAT : MAKAMAL ICT, SUDUT DAN LORONG PPDa

PERTANDINGAN

SUDUT / BILIK PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

2009

Kategori Sudut

Tarikh : 19 Mei 2009

Hari : Selasa

Tarikh : 21 Mei 2009

Hari : Khamis

  1. SMK Rahmat
  2. SMK Tanjung Bidara
  3. SK Lendu

  1. SMK Pulau Sebang
  2. SK Alor Gajah 1
  3. SMK Durian Tunggal

Tarikh : 22 Mei 2009

Hari : Jumaat

Tarikh : 25 Mei 2009

Hari : Isnin

  1. SMK Tinggi Melaka
  2. SMK Seri Kota
  3. SK Seri Bandar

  1. SMK (A) Sharifah Rodziah
  2. SK Seri Duyong
  3. SK Kem Gerak Khas

Tarikh : 26 Mei 2009

Hari : Selasa

Tarikh : 29 Mei 2009

Hari : Jumaat

  1. SMK Tun Perak
  2. SMK Datuk Bendahara
  3. SMK Dang Anum
  1. SK Pulai
  2. SK Serkam Darat
  3. SK Merlimau 2

Kategori Bilik :

Tarikh : 1 Jun 2009

Hari : Isnin

Tarikh : 2 Jun 2009

Hari : Selasa

  1. SMK Bukit Katil
  2. SMK Ayer Keroh
  3. SMK Tun Tijah
  1. SK Tanjung Minyak
  2. SK Tangga Batu
  3. SK Pantai Kundur

Tarikh : 3 Jun 2009

Hari : Rabu

Tarikh : 4 Jun 2009

Hari : Khamis

  1. SMK Nyalas
  2. SMK Tebong
  1. SK Pernu
  2. SK Datuk Haji Baginda
  3. SK Merlimau Pasir

Tarikh : 5 Jun 2009

Hari : Jumaat


  1. SK Cheng
  2. SK Peringgit



SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

TARIKH : 18 MEI 2009
HARI : ISNIN
MASA : 7.30 Pagi
TEMPAT : SK SERI DUYONG

Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah telah telah disambut dengan begitu meriah. Sambutan Hari Guru ini telah dianjurkan dan diuruskan oleh Kelab Staff SK Seri Duyong. Menurut kata En.Abdull Karim bin Mokhtar, pengerusi Kelab Staf SKSD berharap majlis pada kali ini akan memberikan kesan yang positif terhadap murid-murid sekolah tentang penghargaan jasa guru. Pada hari sambutan tersebut, pelabagai acara telah diadakan, antaranya ialah persembahan daripada guru-guru mengikut rumah sukan,nyanyian karaoke,persembahan sketsa dan macam-macam lagi. Jamuan makan pula telah diadadakan di Restoran Wan Husna Bukit Katil.Walaupun sederhana tetapi majlis tetap meriah.Semua guru berpuashati dengan jamuan ini.Tahniah kelab staf!...SELAMAT HARI GURU!!





PAGI DI DATARAN ILMU




Jumaat, 8 Mei 2009

PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

TUAN RUMAH : TERENGGANU
LOKASI SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

كم بيستاري صلاة

تاريخ: 9 مي 2009
ماس : 8.30 ڤاڬي - 1.00 ڤتڠ
تمڤت : سكوله كبڠسأن سري دويوڠ
انجورن : اونيت ڤنيتيا ڤنديديقن اسلام دان ج-قاف











Sabda Rasulullah s.a.w. dari Umar r.a. maksudnya:

“Semua amal perbuatan itu adalah berpunca dari niat dan

bagi setiap orang itu adalah menurut apa yang diniatkan”

(Riwayat Bukhari)

Isnin, 4 Mei 2009

NORHAYATI BT RAZAK KE MSS MELAKA 2009

PUNGUTAN PINGAT RASMI MSS MELAKA 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN (KWAMP) DAN PAKAIAN UNIT BERUNIFORM 2009

Tarikh: 30 April 2009
Hari : Khamis
Masa : 3.00 petang
Tempat : Kantin sekolah

Majlis penyampaian bantuan Kumpulan Wang Pelajar Miskin (KWAPM) dan bantuan pakaian seragam unit beruniform telah diadakan di kantin sekolah. Seramai 26 0rang murid telah menerima bantuan tersebut. Murid-murid yang layak selepas disaring oleh pihak sekolah telah layak menerima KWAPM dan bantuan pakaian unit beruniform. Majlis ini telah dihadiri oleh Datuk Nazeri bin Adzim (YDP PIBG) dan En Kamarudin bin Jantan dari (PPD).Semoga dengan bantuan ini murid-murid tersebut akan lebih selesa menjalani sesi persekolahan.
























Ahad, 3 Mei 2009

PROGRAM-PROGRAM PPDa Melaka


BIL

PROGRAM

TARIKH

1

Mesyuarat Bersama AADK dan Kesihatan

3 Februari

2

Mesyuarat Pemantapan Program Cuma Lima Minit Anti Dadah

4 Februari

3

Mesyuarat Guru SLAD

5 Februari

4

Mesyuarat Karnival PPDa dan Bilik / Sudut PPDa

6 Februari

5

Kem Waja Diri Pelajar Lelaki (Tingkatan 2)

10 – 12 Mac

6

Kem Waja Diri Pelajar Perempuan (Tingkatan 2)

31 Mac – 2 April

7

Mesyuarat JAMBORI SLAD Kebangsaan

7 April

8

Kursus Guru-guru SLAD peringkat negeri Melaka

4 – 6 Mei

9

Jambori SLAD peringkat negeri Melaka

11 – 14 Mei

10

Pertandingan Drama Anti Dadah

18 Jun

11

Kursus Guru / SU PPDa Sekolah Rendah Negeri Melaka

15 – 18 Julai

12

Program Ikhyak Ramadhan Pelajar Berisiko (perempuan)

8 – 10 September

13

Seminar PPDa Tingkatan 6 Rendah

5 – 7 Oktober

Unit Pendidikan Pencegahan Dadah


Pada 15 Januari 2009, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah telah menjalankan satu perjumpaan dengan semua guru bimbingan Melaka Tengah di Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang Melaka. Seramai 70 orang guru Pendidikan Pencegahan Dadah Melaka Tengah hadir pada perjumpaan tersebut.
Tuan Haji Manan Umar Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Jabatan Pelajaran Melaka mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru PPDa yang telah berjaya menjalankan pelbagai aktiviti terutamanya program Kolaborasi yang diketuai oleh guru-guru bimbingan. Beliau berharap pada tahun ini semua sekolah menyertai program kolaborasi ini.
Beliau juga mengumumkan bahawa halaman web bimbingan telah siap dibina dan semua siaran dan aktiviti Unit Pendidikan Pencegahan Dadah akan dipaparkan di halaman web tersebut.
Dalam kesempatan ini juga beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada sekolah-sekolah yang mengambil bahagian dalam Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah. Beliau berharap lebih banyak sekolah yang akan mengambil bahagian dalam Karnival Pendidikan pada tahun ini terutamanya Boria, dan Sajak.
Tuan Haji Manan Umar juga mengucapkan tahniah kepada sekolah-sekolah Daerah Melaka Tengah yang mengambil bahagian dalam pertandingan sudut, lorong, dan bilik PPDa. Beliau memuji Sekolah Kebangsaan Seri Duyong atas usaha mengujudkan sudut PPDa dan mendapat tempat ke lima dalam pertandingan sudut PPDa peringkat Kebangsaan.
Beliau berasa bangga kerana sekolah-sekolah daerah Melaka Tengah berupaya mengujudkan sudut, lorong, atau bilik PPDa. Menurut beliau semua sekolah perlu mengujudkan sudut, lorong, atau bilik PPDa. Arahan ini selaras dengan surat siaran Bahagian Sekolah KP:(BS/SPPK)8548/078 Jld.11(100) atau surat siaran Jabatan Pelajaran Melaka yang dikeluarkan pada 30 Januari 2008.
Dalam ucapannya, Encik Sharom Ketua Unit HEM PPD Melaka Tengah mengucapkan terima kasih kepada semua guru PPDa dan guru bimbingan yang telah menjalankan pelbagai program PPDa. Beliau berharap guru-guru bimbingan dan PPDa akan terus membantu meningkatkan imej Unit Pendidikan Pencegahan Dadah. Semoga hasrat Kementerian agar sekolah bebas dadah dapat dicapai pada tahun 2012. Tuan Haji Manan Umar, Tuan Sharom, Encik Majid mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang keranan membenarkan Unit PPDa menggunakan dewan sekolah sebagai tempat menjalankan aktiviti.