Selasa, 27 Julai 2010

DOAKAN KESIHATAN SUAMI PUAN GURU BESAR

Warga SK Seri Duyong mendoakan agar suami kepada Puan Hjh Aminah bt Aman,Guru Besar SK Seri Duyong, kembali sihat walafiat.Suami beliau kini sedang menerima rawtan di Hospital Melaka di Wad 2-1.Kepada puan Guru Besar, semoga bersabar dan tenang menghadapi dugaan.Insyaallah.

PENGADILAN PERTANDINGAN SUDUT PPDa 2010



Tarikh : 2 Ogos 2010
Hari : Isnin
Tempat : SK Seri Duyong

"Marilah kita bersama-sama berdoa agar SK Seri Duyong berjaya sekali lagi ke peringkat kebangsaan" Amin.....

Selasa, 6 Julai 2010

UJIAN SEGAK (STANDARD KECERGASAN KEBANGSAAN)

6 Julai - Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah menjalankan ujian SEGAK untuk murid-murid Tahun 4 dan 5.Ujian tersebut dikendalikan oleh En Abdul Karim Mohtar,En Hazhar Hashim,En Jaafar Bdul Aziz,En Kamarulasnan Adan, dan dibantu oleh empat orang guru pelatih.Semua murid tersebut berjaya menjalani ujian dengan baik.