Ahad, 20 Mac 2011

DUA ORANG GURU MENIMANG CAHAYAMATA PADA BULAN MAC

Tahniah kepada Mualim Mahadir bin Kasim dan Ustazah Mardhiana bt Abd.Jalil kerana telah dikurniakan cahayamata.Semoga murah rezeki dan dipanjangkan umur.Amin.

SESI PENGGAL KEDUA SEMESTER 1/2011

21 Mac - Sekolah dibuka semula setelah 10 hari bercuti.Semoga semua murid akan lebih bermotivasi untuk datang ke sekolah.Selamat kembali ke sekolah.

Selasa, 15 Mac 2011

TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2011

14 Mac - Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Seri Duyong telah mengadakan bengkel teknik menjawab soalan peperiksaan UPSR.Bengkel tersebut bermula semalam dengan subjek Bahasa Inggeris.Semua murid tahun 6 telah menghadiri bengkel tersebut.

Ahad, 13 Mac 2011

KEJOHANAN TREK DAN PADANG KAWASAN AYER KEROH 2011

22 - 24 Mac 2011 ini akan berlangsungnya Kejohanan Trek dan Padang Kawasan Ayer Keroh.Tuan rumah pada kali ini ialah SK Dato Demang Husin dan SMK Teknik Melaka Tengah.SK Seri Duyong turut mengambil bahagian dalam pelbagai acara.Semoga berjaya merangkul 3 emas yang diletakkan sebagai sasaran Unit Sukan Sekolah.

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1/2011

12 Mac - Semua sekolah di seluh negara akan mula bercuti selama 10 hari bermula 12 Mac - 20 Mac 2011.Walaupun sekolah ditutup untuk sesi pembelajaran,murid-murid Tahun 6 terlibat dengan program kecemerlangan UPSR.Program tersebut akan bermula dari 14 - 17 Mac 2011.Tahniah kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling SKSD untuk program tersebut.

BOLA SEPAK ZON AYER KEROH 2011

7 Mac - Pasukan Bolasepak SK Seri Duyong telah berjaya menjadi johan kumpulan dan layak ke separuh akhir.Peringkat separuh akhir akan diadakan di SK Pernu.Setelah berhempas pulas,pasuka SKSD akhirnya tewas di tangan SK Paya Dalam 1-2.Juara Kawasan Ayer Keroh ialah SK  Dato Demang Husin.Cuba lagi pasukan SKSD!!