Sabtu, 4 April 2009

CERAMAH KESIHATAN (DENGGI)










Tarikh: 2 dan 3 April 2009
Hari: Khamis dan Jumaat
Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Kantin sekolah












Ceramah kesihatan
tentang bahayanya denggi telah diadakan selama dua hari.Ceramah ini telah dikendalikan oleh sebuah syarikat pembuatan ubat nyamuk iaitu FUMAKILA MALAYSIA.Murid-murid berpeluang melihat rupa bentuk nyamuk aedes yang sebenar daripada jentik-jentik hinggalah ke nyamuk dewasa.Semoga ceramah ini dapat memberi ilmu pengetahuan yang berkesan kepada murid-murid.

ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG 2009

Tarikh: 1 April 2009
Masa: 7.00 pagi-5.00 petang
Tempat: SK Seri Duyong

SK Seri Duyong telah didatangi 3 orang pegawai penilai dari Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.Penilaian telah dilakukan dan telah memberikan keputusan yang amat memberansangkan.SK Seri Duyong telah berjaya ke pusingan peringkat kebangsaan.Pegawai penilai dari Kuala Lumpur akan datang pada 21 Mei 2009- 28 Mei 2009.Syabas diucapkan kepada semua warga SK Seri Duyong.