Sabtu, 1 Mei 2010

Pemantauan Penularan Wabak Influenza A (H1N1) Di Sekolah-sekolah


Semua Ketua Sektor Jabatan Pelajaran Melaka,
Semua Ketua Unit Jabatan Pelajaran Melaka,
Semua Pegawai Unit HEM Jabatan Pelajaran Melaka,

Sejak kebelakangan ini, beberapa kes Influenza A (H1N1) telah dikesan dan disahkan oleh Pejabat Kesihatan Negeri Melaka dan terdapat murid-murid di beberapa buah daerah telah disyaki menghidapi Influenza A (H1N1) dan masih dalam status pengesahan oleh Pejabat Kesihatan. Oleh yang demikian, Jabatan Pelajaran Melaka berpendapat tindakan yang tegas dan serius hendaklah diambil bagi memastikan kualiti kesihatan murid-murid dan warga sekolah sentiasa terjamin.

Sehubungan itu, tuan diminta untuk memantau ke sekolah-sekolah bagi memastikan pihak sekolah membuat saringan kepada murid-murid dalam membendung dan mengawal penularan wabak ini dengan baik dan terkawal.

Sekian, terima kasih.
Timbalan Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Melaka.