Ahad, 4 Oktober 2009

KEMPEN MENGINDAHKAN SEKOLAH


Sekolah Kebangsaan Seri Duyong sedang melaksanakan kempen mengindahkan sekolah.Sesuai untuk dilaksanakan oleh murid-murid Tahun 6 kerana mereka telah pun menduduki peperiksaan.Bagi mengisi aktiviti selepas UPSR, murid-murid Tahun 6 diberi amanah bekerjasama dengan guru-guru untuk menghias dan mengindahkan kawasan sekolah .Dengan adanya program seperti ini, murid-murid tersebut dapat belajar sesuatu dari aktiviti tersebut seperti menanam bunga,menanam sayur,mengecat dan banyak lagi.Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.Selamat maju jaya!

Sabtu, 3 Oktober 2009

JAMUAN HARI RAYA GURU

TARIKH : 30 September 2009
MASA : 12.30 tengah hari
Tempat : Kantin SK Seri Duyong
TETAMU : Datuk Nazeri Aziz (YDP PIBG SKSD)