Khamis, 11 Oktober 2012

PKSR 2 (PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012)

Assalammualaikumwarrahmatullah...anak-anak SK Seri Duyong yang dikasihi...Isnin 15 Oktober anak-anak akan menghadapi PKSR 2. Buatlah persediaan dan ulangkaji pelajaran yang telah dipelajari dari awal tahun hingga kini bagi membolehkan anak-anak menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik. Di samping itu jagalah kesihatan dan keselamatan anak-anak supaya dapat menghadiri peperiksaan tersebut dan supaya semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.
Akhir kata,kejayaan dan kecemerlangan SKSD adalah tanggungjawab kita bersama. Bersama-sama kita menuju kecemerlangan.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN.

EN MOHD ALI BIN YUSOP
GURU BESAR

Tiada ulasan: