Ahad, 20 Mei 2012

KEPADA GURU-GURU,IBU BAPA DAN MURID TAHUN ENAM: UPSR 2012-114 HARI LAGI

Salam. Anak-anak didik Tahun 6,peperiksaan UPSR yang bermula 11 September 2012 tinggal 114 hari sahaja.Oleh yang demikian adalah dinasihatkan supaya anak-anak Tahun Enam jangan terus leka,membazir waktu tetapi sebaliknya buat ulangkaji setiap mata pelajaran UPSR mulai sekarang.Banyakkan latih tubi daripada buku-buku teks dan buku-buku tambahan jika ada.Jangan lupa untuk berjumpa guru-guru berkenaan (guru subjek masing-masing) atau mana-mana guru jika ada sebarang masalah pembelajaran.Tingaktkan GPI (Gred Purata Individu) anda.Jangan lupa sentiasa berpandukan Jadual GPI.Usaha sehingga target anda dapat dicapai.Kejayaan anda adalah kejayaan semua,guru-guru,ibu bapa dan sekolah. ANDA SEMUA BOLEH!!

DARIPADA
UNIT KURIKULUM DAN PENGURUSAN SEKOLAH

Tiada ulasan: