22 - 24 Mac 2011 ini akan berlangsungnya Kejohanan Trek dan Padang Kawasan Ayer Keroh.Tuan rumah pada kali ini ialah SK Dato Demang Husin dan SMK Teknik Melaka Tengah.SK Seri Duyong turut mengambil bahagian dalam pelbagai acara.Semoga berjaya merangkul 3 emas yang diletakkan sebagai sasaran Unit Sukan Sekolah.
Ahad, 13 Mac 2011
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1/2011
12 Mac - Semua sekolah di seluh negara akan mula bercuti selama 10 hari bermula 12 Mac - 20 Mac 2011.Walaupun sekolah ditutup untuk sesi pembelajaran,murid-murid Tahun 6 terlibat dengan program kecemerlangan UPSR.Program tersebut akan bermula dari 14 - 17 Mac 2011.Tahniah kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling SKSD untuk program tersebut.
BOLA SEPAK ZON AYER KEROH 2011
7 Mac - Pasukan Bolasepak SK Seri Duyong telah berjaya menjadi johan kumpulan dan layak ke separuh akhir.Peringkat separuh akhir akan diadakan di SK Pernu.Setelah berhempas pulas,pasuka SKSD akhirnya tewas di tangan SK Paya Dalam 1-2.Juara Kawasan Ayer Keroh ialah SK Dato Demang Husin.Cuba lagi pasukan SKSD!!
Jumaat, 25 Februari 2011
MAJLIS BACAAN YASSIN PERDANA
25 Feb- SK Seri Duyong telah menagdakan majlis bacaan Yassin di Dataran SKSD.Semua murid dan guru telah mengambil bahagian dalam majlis tersebut.Semoga warga SK Seri Duyong mendapat rahmat yang melimpah dari ALLAH SWTuntuk menjadi lebih cemerlang pada tahun 2011 ini.Amin....
Khamis, 24 Februari 2011
KEM BESTARI SOLAT TAHUN 2/2011
24 Feb - Semua nurid tahun 2 telah mengikuti Kem Bestari Solat di SK Seri Duyong.Kem ini bermula jam 12.30 tengah hari hingga 3.00 petang.
MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS 2011
21 Feb - Lembaga Disiplin Sekolah, Pusat Sumber Sekolah dan Unit Kaunseling telah bergabung menganjurkan Majlis perlantikan pengawas.Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber,Pengawas Kokurikulum dan Pengawas PPDa telah diberikan Watikah Pelantikan yang telah disampaikan oleh Tuan Inspektor Azman bin Yashim dari Sekolah Henry Gurney,Telok Mas Melaka.Tahniah kepada semua pengawas yang dilantik.Selamat bertugas.
PAMERAN SEKOLAH SELAMAT DI MITC MELAKA 2011
18-20 Februari 2011- SK Seri Duyong telah dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membuat pameran 'Sekolah Selamat' peringkat Kebangsaan di MITC.Tahniah kepada SK Seri Duyong kerana menjadi satu-satunya sekolah rendah di Malaysia yang terpilih bagi kategori sekolah rendah.Kepada semua guru SK Seri Duyong,diucapkan tahniah dan syabas!.
SAMBUTAN HARI MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2011
18 Feb- Panitia Agama Islam SK Seri Duyong telah menganjurkan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.Sambutan tersebut dimulakan dengan perarakan sambil berselawat oleh murid-murid dan guru-guru yang bermula di padang sekolah menuju ke Dataran SKSD.Selepas perarakan,majlis diisikan dengan ucapan Guru Besar dan ceramah agama.Penceramah pada kali ini dijemput khas dari RKSK iaitu Ustaz....................
CUTI MAULIDUR RASUL 2011
Cuti sempena Hari Keputeraan Baginda Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiul Awal 1432 (15 Februari 2011).Kami dari warga SK Seri Duyong mengucapkan Salam Maulidur Rasul.
CUTI TAHUN BARU CINA 2011
Cuti bermula dari 3 Februari - 6 Februari 2011."SELAMAT TAHUN BARU CINA" kepada rakan-rakan guru dan murid berbangsa Cina di seluruh negara.
ORIENTASI MURID TAHUN 1/2011
3 Januari - 15 Januari 2011 adalah minggu Orientasi Murid-murid Tahun 1/2011.Murid-murid akan didedahkan dengan banyak perkara berkaitan dengan perjalanan persekolahan.Kepada guru-guru kelas Tahun 1, jasamu terlalu besar kepada murid-murid.Melentur buluh dari rebungnya.
HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2011
3 jANUARI- Hari pertama persekolahan sesi 2011 telah bermula.Pada tahun ini enrolmen murid SK Seri Duyong telah bertambah lagi hampir kepada 1200 orang.Kepada semua guru diucapkan selamat bertugas dengan penuh berdedikasi dan bersemangat.Selamat datang kepada murid-murid tahun 1.
Sabtu, 20 November 2010
HARI 'Q' 2010
12 Nov- Hari Kualiti telah diadakan di kantin sekolah.Semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6 yang telah cemerlang dalam peperiksaan dianugerahkan hadiah.
PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2010
11 Nov-Guru Besar telah mengumumkan keputusan UPSR bagi tahun 2010 di kantin sekolah pada jam 12 tengah hari.Pada hari tersebut hujan tidak berhenti-henti.Para ibu bapa telah menanti dengan penuh kesabaran.Keputusan peratus UPSR telah meningkat daripada tahun 2009.Seramai 17 orang telah mendapat 5 A.Keputusan penuh akan dimasukkan.
Sabtu, 30 Oktober 2010
LAWATAN MURID TAHUN 6 KE KELANTAN DAN TERENGGANU
29 Okt - Seramai 38 orang murid SKSD mengikuti rombongan ke negeri Kelantan dan Terengganu.Dari Melaka,mereka telah bertolak menaiki bas pada jam 10 malam.Keadaan cuaca sepanjang perjalanan amat baik.Mereka dijadualkan akan ke Rantau Panjang pada hari Sabtu.
Rabu, 27 Oktober 2010
PKSR 2 / 2010
26 Okt - PKSR 2 telah bermula.Semua murid dari tahun 1 - 6 akan menduduki peperiksaan tersebut.Semoga berjaya.
LADAP DAN MESYUARAT GURU
LADAP telah diadakan di makmal komputer SKSD.Semua guru telah terlibat dalam kursus ini.
MGB DAERAH GOMBAK KE SKSD
Majlis Guru Besar Daerah Gombak telah datang melawat SKSD.Kehadiran mereka adalah bertujuan mendapatkan informasi tentang kejayaan kejayaan SKSD serta melawat landskap sekolah.
Kantin SKSD GRED A
Kantin sekolah telah diberikan gred tahap kebersihan A.Ini kerana pengusaha kantin mengamalkan budaya gotong royong antara pekerja dgn pihak sekolah.Tahniah!
Johan Keceriaan landskap Melaka Maju 2010
SK seri duyong telah diumumkan sebagai pemenang tempat pertama dalam pertandingan landskap MELAKA MAJU 2010.Tahniah!
Langgan:
Catatan (Atom)