Rabu, 30 Jun 2010

PERTANDINGAN LANDSKAP 2010

30 JUN- SK Seri Duyong akan mengambil bahagian dalam pertandingan landskap peringkat negeri Melaka yang akan bermula pada bulan Julai.Dengan landskap yang cantik dan mempunyai pencapaian terbaik dalam pertandingan landskap MBMB baru-baru ini, pihak sekolah yakin SK Seri Duyong akan berjaya sekali lagi.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PRA SEKOLAH

30 Jun - Murid-murid Pra Sekolah telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Zoo Melaka pada hari ini.Seramai 50 orang murid 4 orang guru pengiring terlibat dalam lawatan ini.

PERTANDINGAN PPDa 2010

SK Seri Duyong telah dipilih sekali lagi untuk mewakili Daerah Melaka Tengah ke peringkat Negeri Melaka dalam Pertandingan Pendidikan Pencegahan Dadah kategori sudut dan lorong.Moga-moga berjaya dengan lebih cemerlang pada tahun ini.

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2010

22 Jun - Lima orang guru SK Seri Duyong telah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang.Guru-guru tersebut ialah En Hazhar bin Hashim,En Mas'ud bin Warji, Pn Eshah Bentong,Pn Fuziah Miskam dan Pn Robiah Md Said.Majlis penganugerahan tersebut telah diadakan di Kolej Yayasan Saad,Melaka.Tahniah!

Jumaat, 25 Jun 2010

HARI BERTEMU PELANGGAN 2010

25 Jun - SK Seri Duyong telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan.Para ibu bapa datang ke sekolah untuk berjumpa dengan guru dan berbincang tentang prestasi anak-anak mereka.Para ibu bapa juga boleh mendapatkan keputusan peperiksaan PKSR 1 pada tersebut.

Sabtu, 29 Mei 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KWAMP

27 mEI (Jumaat) - Majlis penyampaian bantuan KWAMP kepada murid-murid SK Seri Duyong yang layak telah diadakan di Dewan Kantin sekolah.Majlis ini telah disempurnakan oleh Pn Hjh Aminah bt Aman (Guru Besar SKSD). Pn Dewi Malinda selaku guru penyelaras bantuan tersebut.

Selasa, 18 Mei 2010

HARI GURU




17 mEI (Isnin) - Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan di Dataran Ilmu.Sambutan tersebut telah diadakan dengan sangat meriah.En Norazman selaku Pengerusi Kelab Staf telah mengetuai bacaan ikrar guru. Semua guru turut menyanyikan lagu kebanggaan iaitu "Guru Malaysia" dengan begitu semangat.

TEMASYA SUKAN SK SERI DUYONG

12 April (Khamis)- Temasya sukan telah diadakan di padang sekolah dengan penuh meriah.Tetamu VIP pada kali ini ialah Dato Gan Tian Loo.Beliau telah merasmikan temasya sukan dengan penuh semangat walaupun hujan turun.Tahniah Dato! dan terima kasih.

MESYUARAT AGUNG PIBG 2010



8 MEI 2010(Sabtu) - Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan di SK Seri Duyong.Beberapa usul dari para ibu bapa telah dibentangkan dan dibahas dengan baik.Semoga PIBG SK Seri Duyong cemerlang dan gemilang.PIBG pendukung kecemerlangan SK Seri Duyong.Tahniah!

Sabtu, 1 Mei 2010

Pemantauan Penularan Wabak Influenza A (H1N1) Di Sekolah-sekolah


Semua Ketua Sektor Jabatan Pelajaran Melaka,
Semua Ketua Unit Jabatan Pelajaran Melaka,
Semua Pegawai Unit HEM Jabatan Pelajaran Melaka,

Sejak kebelakangan ini, beberapa kes Influenza A (H1N1) telah dikesan dan disahkan oleh Pejabat Kesihatan Negeri Melaka dan terdapat murid-murid di beberapa buah daerah telah disyaki menghidapi Influenza A (H1N1) dan masih dalam status pengesahan oleh Pejabat Kesihatan. Oleh yang demikian, Jabatan Pelajaran Melaka berpendapat tindakan yang tegas dan serius hendaklah diambil bagi memastikan kualiti kesihatan murid-murid dan warga sekolah sentiasa terjamin.

Sehubungan itu, tuan diminta untuk memantau ke sekolah-sekolah bagi memastikan pihak sekolah membuat saringan kepada murid-murid dalam membendung dan mengawal penularan wabak ini dengan baik dan terkawal.

Sekian, terima kasih.
Timbalan Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Melaka.


Sabtu, 13 Mac 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Maulud Nabi telah diadakan di Dataran Ilmu.Perarakan sambutan telah bermula dari padang SK Seri Duyong yang disertai oleh semua guru dan murid.Pada hari tersebut juga telah diadakan bacaan Yassin yang dipimpin oleh Ustaz Anuar bin Baharom.


SK SERI DUYONG DI AKHBAR BERITA HARIAN

SK SERI SERI DUYONG DI AKHBAR SINAR

SK SERI DUYONG DI AKHBAR MELAKA HARI INI

SK SERI DUYONG JOHAN PERTANDINGAN LANDSKAP

SK Seri Duyong telah diumumkan sebagai pemenang tempat pertama dalam pertandingan landskap peringkat Negeri Melaka anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Keputusan pertandingan tersebut telah diumumkan di Karnival Pendidikan Negeri Melaka, di MITC.SK Seri Duyong telah menerima hadiah sebanyak RM 12,000.00.TAHNIAH DIUCAPKAN!


-GAMBAR DALAM PROSES-

KEM MOTIVASI KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER




Kem Motivasi Pengawas ini telah diadakan di Kem Rabiatul Adawiyah, Durian Tunggal,Melaka. Peserta-peserta kem tersebut telah bermalam di sana selama 1 hari.Pelbagai aktviti yang menarik telah dijalankan semasa mengikut program.Antaranya, aktiviti burung hantu,merentas hutan,latihan dalam kumpulan dan bnyak lagi. Encik Abdul Karim Mohtar dan Ustaz Khairul Abd Aziz bertugas sebagai guru pengiring.Terima kasih kepada guru-guru yang telah bersama menjayakan program ini iaitu Pn Fuziah Miskam,Pn Noraini Bahran,Cik Nurul Asyikin, Cik Norfaezah, dan Cik Nur Shamimah.






PELANCARAN NILAM 2010

Pelancaran program NILAM SK Seri Duyong telah diadakan dengan penuh gilang-gemilang di Dataran Ilmu.Majlis ini telah disempurnakan oleh Pn Hjh Aminah bt Aman, Guru Besar SK Seri Seri Duyong.

PELANCARAN NILAM 2010

Selasa, 23 Februari 2010

PENGHAKIMAN PERTANDINGAN LANDSKAP ANJURAN MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH




17 FEBRUARI - Hakim pertandingan landskap telah datang ke Sekolah Kebangsaan Seri Duyong untuk menilai.Penilaian telah berlangsung selama 1 jam dengan diiringi oleh Guru Besar, Pn hjh Aminah bt Aman,En.Md Nor bin Hamzah (HEM) dan beberapa orang guru.

Ahad, 14 Februari 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH 2010





8 FEB - Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber,Pengawas Kokurikulum dan Pengawas PPDa Sekolah telah berlangsung dengan penuh istiadat.Penyampaian watikah pada tahun ini telah disempurnakan oleh Pegawai Bomba Daerah Bukit Katil. Kepada semua pengawas yang telah dilantik, tahniah diucapkan dari semua guru SK Seri Duyong.Tunaikanlah tanggungjawab dengan cemerlang dan berdedikasi.