Jumaat, 25 Jun 2010

HARI BERTEMU PELANGGAN 2010

25 Jun - SK Seri Duyong telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan.Para ibu bapa datang ke sekolah untuk berjumpa dengan guru dan berbincang tentang prestasi anak-anak mereka.Para ibu bapa juga boleh mendapatkan keputusan peperiksaan PKSR 1 pada tersebut.

Sabtu, 29 Mei 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KWAMP

27 mEI (Jumaat) - Majlis penyampaian bantuan KWAMP kepada murid-murid SK Seri Duyong yang layak telah diadakan di Dewan Kantin sekolah.Majlis ini telah disempurnakan oleh Pn Hjh Aminah bt Aman (Guru Besar SKSD). Pn Dewi Malinda selaku guru penyelaras bantuan tersebut.

Selasa, 18 Mei 2010

HARI GURU




17 mEI (Isnin) - Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan di Dataran Ilmu.Sambutan tersebut telah diadakan dengan sangat meriah.En Norazman selaku Pengerusi Kelab Staf telah mengetuai bacaan ikrar guru. Semua guru turut menyanyikan lagu kebanggaan iaitu "Guru Malaysia" dengan begitu semangat.

TEMASYA SUKAN SK SERI DUYONG

12 April (Khamis)- Temasya sukan telah diadakan di padang sekolah dengan penuh meriah.Tetamu VIP pada kali ini ialah Dato Gan Tian Loo.Beliau telah merasmikan temasya sukan dengan penuh semangat walaupun hujan turun.Tahniah Dato! dan terima kasih.

MESYUARAT AGUNG PIBG 2010



8 MEI 2010(Sabtu) - Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan di SK Seri Duyong.Beberapa usul dari para ibu bapa telah dibentangkan dan dibahas dengan baik.Semoga PIBG SK Seri Duyong cemerlang dan gemilang.PIBG pendukung kecemerlangan SK Seri Duyong.Tahniah!

Sabtu, 1 Mei 2010

Pemantauan Penularan Wabak Influenza A (H1N1) Di Sekolah-sekolah


Semua Ketua Sektor Jabatan Pelajaran Melaka,
Semua Ketua Unit Jabatan Pelajaran Melaka,
Semua Pegawai Unit HEM Jabatan Pelajaran Melaka,

Sejak kebelakangan ini, beberapa kes Influenza A (H1N1) telah dikesan dan disahkan oleh Pejabat Kesihatan Negeri Melaka dan terdapat murid-murid di beberapa buah daerah telah disyaki menghidapi Influenza A (H1N1) dan masih dalam status pengesahan oleh Pejabat Kesihatan. Oleh yang demikian, Jabatan Pelajaran Melaka berpendapat tindakan yang tegas dan serius hendaklah diambil bagi memastikan kualiti kesihatan murid-murid dan warga sekolah sentiasa terjamin.

Sehubungan itu, tuan diminta untuk memantau ke sekolah-sekolah bagi memastikan pihak sekolah membuat saringan kepada murid-murid dalam membendung dan mengawal penularan wabak ini dengan baik dan terkawal.

Sekian, terima kasih.
Timbalan Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Melaka.


Sabtu, 13 Mac 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Maulud Nabi telah diadakan di Dataran Ilmu.Perarakan sambutan telah bermula dari padang SK Seri Duyong yang disertai oleh semua guru dan murid.Pada hari tersebut juga telah diadakan bacaan Yassin yang dipimpin oleh Ustaz Anuar bin Baharom.


SK SERI DUYONG DI AKHBAR BERITA HARIAN

SK SERI SERI DUYONG DI AKHBAR SINAR

SK SERI DUYONG DI AKHBAR MELAKA HARI INI

SK SERI DUYONG JOHAN PERTANDINGAN LANDSKAP

SK Seri Duyong telah diumumkan sebagai pemenang tempat pertama dalam pertandingan landskap peringkat Negeri Melaka anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Keputusan pertandingan tersebut telah diumumkan di Karnival Pendidikan Negeri Melaka, di MITC.SK Seri Duyong telah menerima hadiah sebanyak RM 12,000.00.TAHNIAH DIUCAPKAN!


-GAMBAR DALAM PROSES-

KEM MOTIVASI KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER




Kem Motivasi Pengawas ini telah diadakan di Kem Rabiatul Adawiyah, Durian Tunggal,Melaka. Peserta-peserta kem tersebut telah bermalam di sana selama 1 hari.Pelbagai aktviti yang menarik telah dijalankan semasa mengikut program.Antaranya, aktiviti burung hantu,merentas hutan,latihan dalam kumpulan dan bnyak lagi. Encik Abdul Karim Mohtar dan Ustaz Khairul Abd Aziz bertugas sebagai guru pengiring.Terima kasih kepada guru-guru yang telah bersama menjayakan program ini iaitu Pn Fuziah Miskam,Pn Noraini Bahran,Cik Nurul Asyikin, Cik Norfaezah, dan Cik Nur Shamimah.






PELANCARAN NILAM 2010

Pelancaran program NILAM SK Seri Duyong telah diadakan dengan penuh gilang-gemilang di Dataran Ilmu.Majlis ini telah disempurnakan oleh Pn Hjh Aminah bt Aman, Guru Besar SK Seri Seri Duyong.

PELANCARAN NILAM 2010

Selasa, 23 Februari 2010

PENGHAKIMAN PERTANDINGAN LANDSKAP ANJURAN MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH




17 FEBRUARI - Hakim pertandingan landskap telah datang ke Sekolah Kebangsaan Seri Duyong untuk menilai.Penilaian telah berlangsung selama 1 jam dengan diiringi oleh Guru Besar, Pn hjh Aminah bt Aman,En.Md Nor bin Hamzah (HEM) dan beberapa orang guru.

Ahad, 14 Februari 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH 2010





8 FEB - Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber,Pengawas Kokurikulum dan Pengawas PPDa Sekolah telah berlangsung dengan penuh istiadat.Penyampaian watikah pada tahun ini telah disempurnakan oleh Pegawai Bomba Daerah Bukit Katil. Kepada semua pengawas yang telah dilantik, tahniah diucapkan dari semua guru SK Seri Duyong.Tunaikanlah tanggungjawab dengan cemerlang dan berdedikasi.

Sabtu, 6 Februari 2010

GOTONG-ROYONG PERDANA 2010

FEB 6- Sekolah Kebangsaan Seri Duyong telah mengadakan Majlis Gotong-royong Perdana bagi membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah. Murid-murid dan guru-guru bekerjasama mengerah tenaga membersihkan sekitar sekolah,kelas-kelas,taman-taman dan pejabat.Datuk Nazeri Azim selaku Yang Dipertua PIBG SK Seri Duyong turut serta dalam gotong-royong ini. Pihak sekolah juga turut menerima khidmat bantu daripada pihak Bomba dan Penyelamat.

RAPTAI MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER

5 FEB-Raptai penyampaian watikah perlantikan pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber SK Seri Duyong telah diadakan di Dataran Ilmu pada jam 8.00 pagi. Raptai ini telah diuruskan oleh Unit Hal Ehwal Murid yang diketuai oleh En Abdul Karim Mohtar ( Guru Disiplin) bersama beberapa orang guru iaitu Pn Fuziah bt Miskam,Cik Nurul Ashikin,Pn Noranita,Pn Noraini bt Bahran(Guru PSS). Watikah perlantikan pengawas pada kali ini akan disampaikan oleh Pegawai Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka.

Ahad, 31 Januari 2010

MOTIVASI MURID TAHUN 6 DAN IBU BAPA 2009

JAN 30 - Program motivasi murid-murid Tahun 6 dan ibu bapa telah diadakan di kantin sekolah.Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Kebangsaan Seri Duyong. Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi dan membangkitkan semangat belajar murid-murid dalam persediaan menghadapi peperiksaan UPSR tahun ini.

PROGRAM PENINGKATAN DISIPLIN MURID SEKOLAH RENDAH

JAN 27 - Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah telah menganjurkan Program Peningkatan Disiplin untuk murid-murid sekolah rendah.Seramai 44 orang murid Sekolah Kebangsaan Seri Duyong dari tahap 2 telah dipilih untuk menghadiri seminar tersebut.Murid-murid tersebut telah didedahkan dengan ceramah motivasi disiplin dengan bertemakan "Hargai Diri Anda".Selain itu, mereka juga dapat menyaksikan pameran tentang masalah-masalah disiplin murid sekolah.Selepas seminar tersebut, peserta-peserta telah diberikan pamphlet dan cenderamata.En Abdul Karim Mohtar dan En.Kamarulasnan Adan dilantik sebagai guru pengiring.