Ahad, 24 Jun 2012
Sabtu, 23 Jun 2012
PESANAN UNTUK SEMUA MURID SK SERI DUYONG
Assalammualaikum anak-anak didik yang dikasihi, mulai sekarang tumpukan semula perhatian pada pelajaran anda setelah bertungkus-lumus menjayakan Sukan Tahunan kita yang baru berlalu.Anak-anak tentu penat dan letih sejak beberapa hari yang lepas dengan acara-acara ujiantara dan acara-acara akhir balapan dan padang.Namun begitu,anak-anak yang dikasihi,teruskan ulangkaji pelajaran dan selesaikan tugasan-tugasan/kerja sekolah yang telah diberikan oleh guru mata pelajaran masing-masing.Sessi pengajaran dan pembelajaran kita akan bermula seperti sediakala mulai Isnin ini.Oleh itu,cuti hujung minggu ini,ambillah kesempatan untuk menyelesaikan kerja-kerja sekolah yang telah diberi supaya pencapaian kita seimbang dari segi akademik dan ko-kurikulum (sukan/permainan dan sebagainya).Bukan anak-anak Tahun Enam sahaja yang perlu berusaha mencapai kecemerlangan akademik/pelajaran tetapi murid-murid yang lain (Tahun 1-5) juga adalah bertanggungjawab untuk berusaha menuju ke arah kecemerlangan diri dan sekolah dalam bidang akademik .Semoga anak-anak SKSD dan SKSD akan terus cemerlang ...BACALAH !!!
PESANAN DARIPADA:
SETIAUSAHA
UNIT KURIKULUM DAN PENGURUSAN SEKOLAH
PESANAN DARIPADA:
SETIAUSAHA
UNIT KURIKULUM DAN PENGURUSAN SEKOLAH
UPSR 80 HARI LAGI!!!
Anak- anak Tahun Enam, UPSR semakin dekat dengan kita.GO FOR IT!!! GO FOR THE BEST!!!
Jumaat, 22 Jun 2012
PROGRAM 'MENGGAPAI BINTANG' UNTUK ANAK-ANAK TAHUN ENAM SKSD
TARIKH: 6, 7 DAN 8 JULAI 2012
HARI : JUMAAT, SABTU DAN AHAD
TEMPAT : SK SERI DUYONG
PENGLIBATAN : SEMUA MURID TAHUN ENAM DAN SEMUA GURU SKSD
SKOP/FOKUS: SLOT AKADEMIK (ULANGKAJI INTENSIF SUBJEK-SUBJEK UPSR (TAHUN 4 & 5 DAN JUGA UPSR)
PEMBAHAGIAN MURID: 12 KUMPULAN
TENAGA PENGAJAR: GURU-GURU SKSD DAN GURU-GURU DARI SEKOLAH LAIN.
SURAT KEPADA IBU BAPA AKAN MENYUSUL KEMUDIAN. SEKIAN. HARAP MAKLUM.
UNIT KURIKULUM DAN PENGURUSAN SEKOLAH
HARI : JUMAAT, SABTU DAN AHAD
TEMPAT : SK SERI DUYONG
PENGLIBATAN : SEMUA MURID TAHUN ENAM DAN SEMUA GURU SKSD
SKOP/FOKUS: SLOT AKADEMIK (ULANGKAJI INTENSIF SUBJEK-SUBJEK UPSR (TAHUN 4 & 5 DAN JUGA UPSR)
PEMBAHAGIAN MURID: 12 KUMPULAN
TENAGA PENGAJAR: GURU-GURU SKSD DAN GURU-GURU DARI SEKOLAH LAIN.
SURAT KEPADA IBU BAPA AKAN MENYUSUL KEMUDIAN. SEKIAN. HARAP MAKLUM.
UNIT KURIKULUM DAN PENGURUSAN SEKOLAH
UPSR 81 HARI LAGI!!!
Assalammualaikum...anak-anak SKSD yang dikasihi. Kita telah pun selesai acara Sukan Tahunan 2012.Tahniah diucapkan kepada anak-anak yang berjaya.Walau bagaimana pun,anak- anak Tahun Enam perlu menyambung semula usaha anda dan terus mengulangkaji pelajaran seperti sediakala semula untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang akan menjelang tidak lama lagi.Pertukaran kelas berdasarkan Gred Purata Individu anda di dalam PKSR 1 akan dilaksanakan mulai minggu hadapan.Terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan diri dan SKSD!!!
Pesanan dari :
UNIT KURIKULUM DAN PENGURUSAN SEKOLAH
Pesanan dari :
UNIT KURIKULUM DAN PENGURUSAN SEKOLAH
Langgan:
Catatan (Atom)
