Ahad, 10 Jun 2012

PERSEKOLAHAN PENGGAL KEDUA BERMULA ESOK...KEMBALI KE SEKOLAH...

Assalammualaikumwarrahmatullah....anak-anak didik SK Seri Duyong yang dikasihi, esok akan bermula kembali sessi persekolahan penggal kedua.Buatlah persiapan hari ini untuk kembali bersekolah esok.Belajar lebih bersungguh-sungguh dan tumpukan perhatian pada pengajaran guru di dalam kelas pada penggal persekolahan ini.Dan jangan lupa bersiap sedia juga untuk Sukan Tahunan kita pada bulan Jun ini.Semoga anda semua akan terus mengharumkan nama SK Seri Duyong dalam bidang akademik dan kokurikulum. Insya Allah...SKSD BOLEH!!!


Pesanan daripada:


Unit Kurikulum dan Pengurusan Sekolah
SK Seri Duyong

PEPERIKSAAN UPSR 93 HARI LAGI!!!

Jumaat, 8 Jun 2012

UPSR 95 HARI LAGI!!! UJIAN GERAK GEMPUR 3 MINGGU PERTAMA PENGGAL KEDUA.

Anak-anak didik Tahun Enam yang dikasihi, peperiksaan UPSR semakin hampir.Tumpukan perhatian dan fokus pada peperiksaan UPSR sehingga September ini.Perbanyakkan latihan dan ulangkaji.Hargai masa yang ada sekarang.Saat-saat yang semakin hampir ini adalah 'Detik Berlian' anda.

 Go for the best!!! Try your best!!! Be the best among the best!!!

Insya Allah... We always pray the best for all of u, the SKSDians!!!


Mazlina Kassim/Ryn Honey (SKSD Blogger)
Setiausaha
Unit Kurikulum & Pengurusan Sekolah

Khamis, 7 Jun 2012

UPSR 96 HARI LAGI!!! JOM KITA KE ZOOM A SEKARANG!!!

http://www.zoom-a.com
Penjana Kecemerlangan Akademik
*Gedung Soalan Topikal
*Gedung Soalan Klon
*Gedung Soalan Kemahiran
*Penilaian Mengikut Aras
*Pemelajaran Interaktif Terkini

Ahad, 3 Jun 2012

PROGRAM ' INTANKU SAYANG' BERSAMA IBUBAPA MURID-MURID LINUS TEGAR

TARIKH: 15 JUN 2012
HARI: JUMAAT
MASA: 8.30-10.00 PAGI
TEMPAT: KANTIN SK SERI DUYONG
SASARAN: IBUBAPA MURID-MURID LINUS TEGAR (SURAT KEPADA IBUBAPA BERKENAAN AKAN MENYUSUL KEMUDIAN)
PENYELARAS PROGRAM: PN ROSNITA DOLHAJI


CATATAN:PROGRAM INI ADALAH PADA HARI YANG SAMA DENGAN HARI TEMU MESRA BERSAMA WARIS (HARI TERBUKA SEKOLAH)


SEKIAN.HARAP MAKLUM.




SETIAUSAHA UNIT KURIKULUM DAN PENGURUSAN SEKOLAH
SK SERI DUYONG

PEPERIKSAAN UPSR 100 HARI LAGI

Kepada anak-anak Tahun Enam SK Seri Duyong,UPSR anda tinggal 100 hari saja lagi. Tingkatkan usaha anda demi masa depan yang gemilang.Walaupun kelas tambahan telah berakhir pada Khamis yang lalu,buat ulangkaji sendiri di rumah.Ingat...masa itu amat berharga...sesal dahulu pendapatan..sesal kemudian tidak berguna lagi.



UNIT KURIKULUM DAN PENGURUSAN SEKOLAH
SK SERI DUYONG