Jumaat, 8 Mei 2009

PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

TUAN RUMAH : TERENGGANU
LOKASI SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

كم بيستاري صلاة

تاريخ: 9 مي 2009
ماس : 8.30 ڤاڬي - 1.00 ڤتڠ
تمڤت : سكوله كبڠسأن سري دويوڠ
انجورن : اونيت ڤنيتيا ڤنديديقن اسلام دان ج-قاف











Sabda Rasulullah s.a.w. dari Umar r.a. maksudnya:

“Semua amal perbuatan itu adalah berpunca dari niat dan

bagi setiap orang itu adalah menurut apa yang diniatkan”

(Riwayat Bukhari)

Isnin, 4 Mei 2009

NORHAYATI BT RAZAK KE MSS MELAKA 2009

PUNGUTAN PINGAT RASMI MSS MELAKA 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN (KWAMP) DAN PAKAIAN UNIT BERUNIFORM 2009

Tarikh: 30 April 2009
Hari : Khamis
Masa : 3.00 petang
Tempat : Kantin sekolah

Majlis penyampaian bantuan Kumpulan Wang Pelajar Miskin (KWAPM) dan bantuan pakaian seragam unit beruniform telah diadakan di kantin sekolah. Seramai 26 0rang murid telah menerima bantuan tersebut. Murid-murid yang layak selepas disaring oleh pihak sekolah telah layak menerima KWAPM dan bantuan pakaian unit beruniform. Majlis ini telah dihadiri oleh Datuk Nazeri bin Adzim (YDP PIBG) dan En Kamarudin bin Jantan dari (PPD).Semoga dengan bantuan ini murid-murid tersebut akan lebih selesa menjalani sesi persekolahan.
























Ahad, 3 Mei 2009

PROGRAM-PROGRAM PPDa Melaka


BIL

PROGRAM

TARIKH

1

Mesyuarat Bersama AADK dan Kesihatan

3 Februari

2

Mesyuarat Pemantapan Program Cuma Lima Minit Anti Dadah

4 Februari

3

Mesyuarat Guru SLAD

5 Februari

4

Mesyuarat Karnival PPDa dan Bilik / Sudut PPDa

6 Februari

5

Kem Waja Diri Pelajar Lelaki (Tingkatan 2)

10 – 12 Mac

6

Kem Waja Diri Pelajar Perempuan (Tingkatan 2)

31 Mac – 2 April

7

Mesyuarat JAMBORI SLAD Kebangsaan

7 April

8

Kursus Guru-guru SLAD peringkat negeri Melaka

4 – 6 Mei

9

Jambori SLAD peringkat negeri Melaka

11 – 14 Mei

10

Pertandingan Drama Anti Dadah

18 Jun

11

Kursus Guru / SU PPDa Sekolah Rendah Negeri Melaka

15 – 18 Julai

12

Program Ikhyak Ramadhan Pelajar Berisiko (perempuan)

8 – 10 September

13

Seminar PPDa Tingkatan 6 Rendah

5 – 7 Oktober

Unit Pendidikan Pencegahan Dadah


Pada 15 Januari 2009, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah telah menjalankan satu perjumpaan dengan semua guru bimbingan Melaka Tengah di Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang Melaka. Seramai 70 orang guru Pendidikan Pencegahan Dadah Melaka Tengah hadir pada perjumpaan tersebut.
Tuan Haji Manan Umar Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Jabatan Pelajaran Melaka mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru PPDa yang telah berjaya menjalankan pelbagai aktiviti terutamanya program Kolaborasi yang diketuai oleh guru-guru bimbingan. Beliau berharap pada tahun ini semua sekolah menyertai program kolaborasi ini.
Beliau juga mengumumkan bahawa halaman web bimbingan telah siap dibina dan semua siaran dan aktiviti Unit Pendidikan Pencegahan Dadah akan dipaparkan di halaman web tersebut.
Dalam kesempatan ini juga beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada sekolah-sekolah yang mengambil bahagian dalam Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah. Beliau berharap lebih banyak sekolah yang akan mengambil bahagian dalam Karnival Pendidikan pada tahun ini terutamanya Boria, dan Sajak.
Tuan Haji Manan Umar juga mengucapkan tahniah kepada sekolah-sekolah Daerah Melaka Tengah yang mengambil bahagian dalam pertandingan sudut, lorong, dan bilik PPDa. Beliau memuji Sekolah Kebangsaan Seri Duyong atas usaha mengujudkan sudut PPDa dan mendapat tempat ke lima dalam pertandingan sudut PPDa peringkat Kebangsaan.
Beliau berasa bangga kerana sekolah-sekolah daerah Melaka Tengah berupaya mengujudkan sudut, lorong, atau bilik PPDa. Menurut beliau semua sekolah perlu mengujudkan sudut, lorong, atau bilik PPDa. Arahan ini selaras dengan surat siaran Bahagian Sekolah KP:(BS/SPPK)8548/078 Jld.11(100) atau surat siaran Jabatan Pelajaran Melaka yang dikeluarkan pada 30 Januari 2008.
Dalam ucapannya, Encik Sharom Ketua Unit HEM PPD Melaka Tengah mengucapkan terima kasih kepada semua guru PPDa dan guru bimbingan yang telah menjalankan pelbagai program PPDa. Beliau berharap guru-guru bimbingan dan PPDa akan terus membantu meningkatkan imej Unit Pendidikan Pencegahan Dadah. Semoga hasrat Kementerian agar sekolah bebas dadah dapat dicapai pada tahun 2012. Tuan Haji Manan Umar, Tuan Sharom, Encik Majid mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang keranan membenarkan Unit PPDa menggunakan dewan sekolah sebagai tempat menjalankan aktiviti.

Isnin, 27 April 2009

SELAMAT HARI LAHIR

tArIkh : 27 ApRil 2009
HarI: iSniN
mASa: 8.00 pG
Tempat : dAtArAn Ilmu

Kelab Staff sekolah telah mengadakan majlis penyampaian hadiah hari lahir kepada beberapa orang guru. Guru-guru yang telah menyambut ulang tahun kelahiran bermula dari bulan Januari hingga April. Guru-guru tersebut ialah :

1. En. Anuar
2. En. Kamarulasnan-2 Februari
3. Tn Hj Rosli
4. Pn Norseha
5. En Azmi bin Joned - 26 April 1970

Kelab Staff juga telah menyampaikan hadiah kepada En Jaafar kerana pada bulan Mac yang lepas beliau telah mendapat anak yang kedua.Tahniah!!!

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN





TARIKH: 25 APRIL 2009
HARI: KHAMIS
MASA: 8.00PG-1.00PTG

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) kali kedua telah diadakan di makmal sekolah.Semua guru telah terlibat.Pada kali ini , dua slot kursus telah diberikan kepada guru-guru.Slot pertama ialah ceramah Nilai Kendiri oleh Ustaz Khairul Nizam dari JAIM dan slot yang kedua pula ceramah dari Jabatan Keselamatan Jalan Raya.



Ahad, 26 April 2009

KEJOHANAN BOLA BALING KAWASAN AYER KEROH 2009




TARIKH: 21-22 APRIL 2009
HARI: SELASA DAN RABU
MASA: 8.00 pg -5.00 ptg

Sekolah Kebangsaan Seri Duyong telah mengambil bahagian dalam kejohanan bola baling tersebut.Sekolah telah menghantar dua pasukan iaitu 1 pasukan lelaki dan 1 pasukan perempuan.Kedua pasukan ini telah dilatih oleh En.Hazhar bin Hashim untuk lelaki dan En Abdull Karim bersama Pn Robiah untuk perempuan.


Keputusan:


Pasukan Lelaki = Tempat keempat
Pasukan Perempuan=Tempat Ketiga


"Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan jurulatih.Semoga lebih berjaya pada episod akan datang".


ALBUM







Ahad, 19 April 2009

UJIAN TAHAP KECERGASAN KEBANGSAAN(SEGAK) 2009

Tarikh: 11 April 2009
Masa: 7.30 - 11.30 pagi
Murid terlibat: Tahun 4,5dan 6
Guru: Semua Guru PJK Tahun 4,5 dan 6


GOTONG-ROYONG 2009

TARIKH : 18 APRIL 2009
MASA: 8.00pg - 1.00 petang
"TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT BAGI MENJAYAKAN PROGRAM GOTONG-ROYONG INI.SEMOGA SEGALA JASA TUAN/PUAN AKAN DIBALAS KELAK OLEH ALLAH S.W.T"




















ALBUM GOTONG-ROYONG


Jumaat, 10 April 2009

KEJOHANAN BOLA TAMPAR KAWASAN AYER KEROH 2009




TARIKH: 7-8 APRIL 2009
TEMPAT:SK PAYA DALAM,MELAKA
MASA: 8.00 PAGI-5.00 PETANG

PENCAPAIAN:

PASUKAN LELAKI : SK SERI DUYONG mlwn SK DEMANG HUSSIN =2-0
SK SERI DUYONG mlwn SK DUYONG = 1-2
SK SERI DUYONG mlwn SK SERI BANDAR = 0-2

PENGURUS PASUKAN: PN DEWI MARLINDA
JURULATIH : SIR NORHAIMIE
EN KAMARULASNAN BIN ADAN

Sabtu, 4 April 2009

CERAMAH KESIHATAN (DENGGI)










Tarikh: 2 dan 3 April 2009
Hari: Khamis dan Jumaat
Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Kantin sekolah












Ceramah kesihatan
tentang bahayanya denggi telah diadakan selama dua hari.Ceramah ini telah dikendalikan oleh sebuah syarikat pembuatan ubat nyamuk iaitu FUMAKILA MALAYSIA.Murid-murid berpeluang melihat rupa bentuk nyamuk aedes yang sebenar daripada jentik-jentik hinggalah ke nyamuk dewasa.Semoga ceramah ini dapat memberi ilmu pengetahuan yang berkesan kepada murid-murid.

ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG 2009

Tarikh: 1 April 2009
Masa: 7.00 pagi-5.00 petang
Tempat: SK Seri Duyong

SK Seri Duyong telah didatangi 3 orang pegawai penilai dari Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.Penilaian telah dilakukan dan telah memberikan keputusan yang amat memberansangkan.SK Seri Duyong telah berjaya ke pusingan peringkat kebangsaan.Pegawai penilai dari Kuala Lumpur akan datang pada 21 Mei 2009- 28 Mei 2009.Syabas diucapkan kepada semua warga SK Seri Duyong.

Sabtu, 28 Mac 2009

PERTANDINGAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH





































Sekolah Kebangsaan Seri Duyong telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini
untuk bahagian sudut PPDA. Penilaian pusingan pertama telah dilakukan dan sekolah telah berjaya menduduki tempat pertama.Kini sekolah menunggu untuk penilaian pusingan kedua untuk mewakili Melaka ke peringkat kebangsaan.Tahniah kepada semua warga SK Seri Duyong.

KEJOHANAN SOFTBOL KAWASAN AYER KEROH 2009

Tarikh : 28 Mac 2009
Masa : 8.00 pg - 5.00 ptg
Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Jalan Dato Palembang,Melaka

Keputusan : SK Seri Duyong mendapat tempat ketiga kawasan Ayer Keroh.Tahniah!!!

Jurulatih : En Abd Razak bin Harun
En Mas'ud bin Warji

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH 2009


























Tarikh: 28 Mac 2009


Masa: 8.30 pg-4.30 ptg
Anjuran: Unit Bimbingan dan Kaunseling, SK Seri Duyong.

Guru : Pn Fuziah binti Miskam, Cik Nurul Ashikin bt Othman,En Azmi bin Joned, Pn Dewi Marlinda bt Ahmad,Pn Aspiah bt Yusof, pn Hjh Rokiah bt Daud.