Selasa, 28 Julai 2009

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2008

Tahniah diucapkan kepada :

1. Pn Juninah bt Husin
2. Pn Junaidah bt Samah
3. Pn Mazlina bt Kassim
4. Pn Suhaila bt Mohd Rawi
5. Pn Maznah Abdul Jalal

Isnin, 20 Julai 2009

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM 2009

Tarikh: 17-19 Julai 2009
Masa : Sepenuh masa
Tempat : Padang SK Seri Duyong
Anjuran : Unit Kokurikulum,SK Seri Duyong

ALBUM







Ahad, 12 Julai 2009

WARKAH NASUHA

Di kesunyian tafakur ini kuutus warkah rindu

Berpenakan keinsafan ditangan kananku

mencoret kembali tinta hitam didadaku

Saat kita berjauhan dikala itu

Kelam kalbuku tanpa nur kasih Mu

Lupa janji disuatu waktu

Sedang keampunan Mu melangit bagiku

Aku termanggu


Di keheningan fajar keimanan kuhitungkan

Amalku dijejari kerdil ku pertaruhkan

Sedang anugerah Mu buih dilautan

Aku cuba layarkan bahtera

Tapi sayangnya cinta Mu bukan Pelabuhan

Di kegelapan malam yang tiada cahaya

Ku nyalakan obor kasih kita

Ku limpahkan zikir bicara sukma

Penghubung antara dua dunia

Diambang Gerbang ini kutanya rohaniku

Siapa aku di pinggiran Arasy Mu

Tiada Daya untuk Neraka Api Mu

Tiada Layak Buat Firdaus Mu

Namun aku harap bayangan redha Mu

Akan terus memayungiku

ku Harap Kau terima warkahku

Sebelum Kau menjemputku "

UJIAN KECERGASAN SINAR GEMILANG (ISN) 2009

Tarikh: 7 Julai 2009
Hari : Selasa
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Tempat : Padang dan kantin SKSD
Sasaran: 300 orang murid-murid dari Tahun 1 - 5 sahaja

Institut Sukan Negara dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Melaka telah memilih Sekolah Kebangsaan Seri Duyong untuk menjalankan ujian kecerdasan tersebut. Ujian tersebut dilaksanakan oleh 15 orang guru pendidikan jasmani dari seluruh negeri Melaka dengan dibantu oleh guru-guru SKSD seperti En Abdul Karim,En Hazhar,En Azmi,En Norhaimie,En Masud, En Abdul Razak,Pn Dewi Malinda dan Pn Noranita.

PERTANDINGAN BERCERITA KELAS PEMULIHAN KHAS KELOMPOK 3/2009


Tarikh : 9 Julai 2009
Hari: Khamis
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Pemulihan khas , SK Seri Duyong.

SK Seri Duyong telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah pertandingan bercerita kelompok 3/2009.Pn Dewi Malinda sebagai guru pemulihan telah diberi tanggungjawab untuk membuat persiapan bersama AJK yang lain.Tahniah kepada semua guru pemulihan khas dan murid-murid yang bertanding!

SENAMROBIK BULAN KECERGASAN MALAYSIA

Tarikh : 8 Julai 2009
Hari : Rabu
Masa: 7.30pagi-7.45 pagi
Sasaran : semua murid,guru dan kakitangan sekolah

(Aktiviti senamrobik ini akan dijalankan sepanjang bulan Julai)




Sabtu, 11 Julai 2009

PELANCARAN SKUAD PPDa

TARIKH : 23 Jun 2009
HARI : Selasa
MASA: 8.00 Pagi

Yang Berhormat Datuk Gan Tian Loo telah merasmikan skuad PPDa SK Seri Duyong.Turut sama di majlis tesebut ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Encik Norazlie.Penubuhan skuad ini adalah untuk memupuk semangat berkempen mencegah dadah di sekolah dan komuniti luar oleh murid-murid sekolah ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh skuad PPDa ini antaranya ialah mengedarkan risalah anti dadah di luar sekolah seperti masyarakat penduduk taman, kedai-kedai dan pengunjung-pengunjung pasaraya.Tahniah SKSD!

MAJLIS PENYAMPAIAN TOPI KESELAMATAN JKJR

TARIKH : 23 Jun 2009
MASA : 8.30 pagi
TEMPAT : Kantin Sekolah

15 orang murid pelbagai bangsa dan tahun telah terpilih untuk menerima topi keselamatan daripada Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Melaka.Majlis penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Gan Tian Loo, Ahli Parlimen Kota.Turut bersama di majlis itu, En.Norazlie, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Melaka.

CERAMAH KESELAMATAN JALAN RAYA

TARIKH : 18 Jun 2009
MASA: 8.00 pg
TEMPAT: Kantin Sekolah
PENCERAMAH : Pegawai Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Melaka
MURID TERLIBAT : Tahun 1,2 dan 3.